Murtabak merupakan salah satu juadah yang cukup famous yang boleh didapati di bazar Ramadan. Kebanyakkan gerai yang menjual murtabak pasti dikerumuni pembeli sehingga perlu beratur panjang dan menunggu lama untuk mendapatkan makanan ini.
Namun, setelah tiba waktu berbuka puasa, kadang-kadang kecewa dengan rasanya. Oleh itu, JJCM ingin senaraikan beberapa murtabak daging yang boleh didapati dari beberapa bazar supaya anda dapat membuat pilihan yang bijak.
Murtabak Pak Lah @ Bazar Ramadan Seksyen 14, Petaling Jaya (RM5)
Bahan yang penting dalam isi murtabak adalah daging dan bawang yang diadun menggunakan rempah asli.
Murtabak daging dari gerai Murtabak Pak Lah ini ada keduanya. Namun dari segi rasa, murtabak ini sedikit manis dan adunan rempah seperti tidak sekata. Acar bawang murtabak ini pula terlalu banyak menggunakan pewarna merah.
Namun, murtabak ini masih dalam kategori enak.
Murtabak Angah @ Bazar Ramadan Bandar Tun Hussein Onn, Cheras (RM3.50)
Murtabak daging daripada gerai Murtabak Angah ini agak mengecewakan. Isi dagingnya terlalu sedikit. Sebaliknya, murtabak ini lebih banyak diisi dengan telur dan bawang. Warnanya kekuningan, mungkin terlalu banyak diletakkan serbuk kunyit.
Murtabak Pekan @ Bazar Ramadan Muadzam Shah, Pahang (RM9)
Jika anda merupakan peminat murtabak, anda akan dapati harga RM9 agak berbaloi dengan rasa dan ketebalan murtabak dari gerai Murtabak Pekan ini.
Isi dagingnya banyak, rempahnya cukup rasa dan ada sedikit rasa pedas. Apa yang lebih menarik, murtabak ini dibalut dua lapis menggunakan kulit murtabak yang cukup lembut.
Mengangkat tema ‘Sajian Tradisional’, Restoran Duyong di Kelab Darul Ehsan Ampang Jaya menampilkan kelainan dengan menyediakan pesta juadah istimewa hidangan Melayu yang pasti menambat citarasa pengunjung. Dengan harga RM68 bersih untuk dewasa, anda boleh menikmati lebih 70 juadah menyelerakan sehingga jam 10 malam.
Ayam Percik Kelantan
Juadah popular di setiap bulan Ramadan ini memang patut dicuba. Isi ayam lembut dan cukup perisa ditambah pula dengan kuah santan yang menambat selera.
Daging Masak Hitam Brunai
Biarpun ia dinamakan dengan Daging Masak Hitam Brunai, tetapi rasanya tidak jauh beza dengan Daging Masak Hitam Perak. Rempah-ratus yang digunakan tidak banyak beza. Daging cukup empuk dan rasanya memang sedap sehingga boleh diulang makan beberapa kali.
Siput Sedut Lemak Cili Api Dan Keladi
Hidangan ini memang terbaik. Chef di sini menggunakan santan, bukan susu isian sejat atau susu krimer. Tapi jika anda bukan peminat makanan pedas, mungkin hidangan ini terlalu pedas untuk anda. Percayalah, rasa sekali pasti hendak lagi.
Ketam Berlada Cili Manis
Peminat makanan laut pasti tidak mahu lepaskan hidangan yang satu ini. Ketam yang digunakan isinya masih segar dan manis. Ada rasa pedas, manis dan masin. Boleh dimakan bersama nasi atau diratah begitu sahaja kerana rasanya cukup enak.
The 39 Restaurant di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park menyajikan sajian menu klasik dan masakan antarabangsa untuk Ramadan 2016.
Memilih tema ‘Cetusan Rasa Ramadhan 2016’, bufet Ramadan di sini menyediakan masakan kampung seperti Ketam Masak Lemak Cili Api, Asam Pedas Ikan, Udang Sambal Petai, Kari Kepala Ikan dan masakan panas seperti Sup Gear Box dan Sup Urat Keting.
Bufet Ramadan ini berharga RM139 untuk dewasa dan RM69.90 untuk kanak-kanak.
Sup Gear Box
Selalunya Sup Gear Box menggunakan tulang lutut lembu, tetapi restoran ini memilih tulang lutut kambing untuk hidangan istimewa ini. Daging kambing dimasak sempurna sehingga tiada rasa hamis. Supnya juga menambat selera dengan rempah-ratus secukup rasa. Enak dimakan bersama nasi, roti dan dihirup begitu sahaja.
Ketam Masak Lemak Cili Api
Hidangan ini sebenarnya enak sekali kerana rasa pedas dan lemaknya sempurna, namun agak mengecewakan apabila isi ketam kurang segar. Namun, masih menambat selera terutama kepada mereka yang tidak terlalu cerewet dalam pemilihan makanan.
Udang Sambal Petai
Hidangan ini pasti mencuri perhatian setiap pengunjung restoran ini. Siapa yang tidak tertarik dengan saiz udang yang besar? Mungkin tidak seenak masakan ibu di rumah, tetapi Udang Sambal Petai di sini tidak menghampakan. Isi udang juga segar.
Asam Pedas Ikan
Antara hidangan popular di restoran ini. Makan sekali pasti hendak lagi. Memang sedap kerana kuahnya pekat dan isi ikan tidak terlampau masak. Masih terasa manisnya ikan dan rempah-rempah yang digunakan seimbang. Makan bersama nasi panas memang terbaik!
Kuih-Muih Tradisional Melayu
Jangan lupa ke kaunter pencuci mulut untuk menikmati pelbagai jenis kuih-muih tradisional Melayu. Ada Kuih Lapis, Keria, Seri Muka, Talam, Bingka Ubi, Koci, Kole Kacang, Tepung Pelita dan banyak lagi.
Bertemakan ‘Sajian Nostalgia Bersama Chef’, Cinnamon Coffee House, One World Hotel, Petaling Jaya menawarkan buffet Ramadan yang pelbagai rasa. Bukan terhad kepada sajian tradisi Melayu, malah terdapat juga menu popular bercitarasa antarabangsa.
Dengan harga RM158 bersih untuk dewasa dan RM79 bersih untuk kanak-kanak anda boleh makan sampai puas sehingga jam 10.30 malam.
Bubur Lambuk
Menu popular di bulan Ramadan. Mesti cuba kerana rasanya cukup enak. Kaya dengan pelbagai rasa. Turut disediakan beberapa hidangan sampingan untuk pelengkap rasa seperti kacang goreng, hirisan daging, telur masin, hirisan daun sup dan juga bawang goreng.
Sup Gear Box / Sup Campur
Menu ini mendapat maklum balas yang baik daripada pengunjung di sini. Sebabnya, letusan rasa sup ini memang membuka selera. Lebih-lebih lagi anda boleh memilih isi sup yang diingini. Ada gear box, tulang lembu, daging lembu, kambing, lidah lembu, perut lembu dan juga ayam. Sebagai pelengkap rasa, jangan lupa letakkan sedikit sambal kicap untuk nikmat pedas.
Sate Ayam & Daging
Siapa yang tidak sukakan sate? Menu ini juga menambat selera. Perapan daging lembu dan ayam menggembirakan suapan demi suapan. Sedap sebab ia penuh rasa dan dagingnya lembut. Paling penting kuah kacangnya menyelerakan. Kacangnya yang dikisar kasar memberi rasa ranggup.
Ulam-Ulaman Tradisional
Bagi pencinta ulam-ulaman, jangan lupa jenguk kaunter ulam-ulaman. Ada macam-macam yang boleh dijadikan pilihan untuk pelengkap hidangan nasi. Ada petai, jering, daun ulam raja, kacang botol, timun, terung bakar dan tidak ketinggalan, ikan masin.
Kuih-Muih Tradisional
Ada banyak kuih tradisional yang tersedia. Antaranya Kuih Koci, Kasturi, Tepung Talam, Kuih Kacang, Kuih Lapis dan Cucur Badak. Kalau hendak menikmati kesemuanya agak sukar, jadi pilih kuih yang menjadi kegemaran. Lebih-lebih lagi yang susah hendak dicari pada hari-hari biasa.
Lebih 200 masakan disediakan pada bulan Ramadan bermula 13 Jun hingga 2 Julai 2016 di Restoran LINK, Hotel Pullman Bangsar. Bertemakan ‘Selera Kampung’, antara tarikan yang terdapat di buffet buka puasa ini termasuk Asam Pedas Claypot, Gulai Kawah, Kambing Golek dan banyak lagi hidangan tradisional.
Berharga RM140 seorang, pengunjung juga boleh menikmati aiskrim Turki sambil melihat gaya nakal si pembuat aiskrim Turki yang dijemput khas, mengusik pengunjung. Lebih menarik, durian turut disediakan buat mereka yang ‘gila’ durian! Untuk tempahan, hubungi 03-22981888.
Masak Lemak Siput Sedut
Tema ‘Selera Kampung’ sangat bersesuaian memandangkan hidangan tradisi Negeri Sembilan ini begitu enak. Rasa gulai lemaknya sedikit pedas dan siput juga dicuci bersih dan dimasak sempurna. Sepatutnya, hidangan ini yang menjadi highlight bagi buffet Ramadan ‘Selera Kampung’.
Asam Pedas
Hidangan yang ingin diketengahkan oleh Pullman Bangsar. Namun, menu ini biasa-biasa saja. Masih dalam kategori enak kerana ikan yang digunakan segar dan banyak sayur, namun rasanya agak kurang kick!
Kambing Bakar
Apa lagi yang perlu diulas tentang hidangan ini kerana ia pasti menjadi rebutan pengunjung yang menikmati juadah buka puasa di Pullman Bangsar. Yang menariknya, kuah lada hitam yang dihidang bersama kambing bakar ini cukup rasa dan sesuai dinikmati bersama daging kambing.
Menyajikan "world menu", di mana hidangan merangkumi antaranya, sajian Barat, Korea dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!
Diuruskan oleh pemilik Sara Thai Kitchen, Sara Boat Noodle dikatakan restoran boat noodle pertama di Kuantan.
Menghidangkan masakan asli Johor. Antara yang menjadi kegemaran pengunjung Lontong Goreng Seafood dan Mee Bandung.