Untuk hari ketiga puasa enam di bulan Syawal, kita kongsikan resipi gulai daging dari MyResipi, yang disediakan mengikut cara masakan negeri Terengganu.
Bahan:
300 gram daging segar (direbus sehingga agak empuk)
2 sudu besar rempah gulai (Cap Bunga Rose)
1 1/2 sudu besar rempah masak (Cap Bunga Rose)
1 sudu kecil rempah kari daging (cap Baba's)
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar Holland
2 inci lengkuas
1 inci halia
2 sudu besar cili boh
1 kotak kecil santan
1 batang kayu manis, 2 biji bunga lawang, 2 biji buah pelaga & 3 biji cengkih
2 lada hijau & merah (dibelah dua)
1 biji bawang besar Holland (dibelah empat)
1 biji asam keping
2 sudu kecil kerisik
Garam, gula & bahan perasa
Cara:
1. Daging direbus hingga empuk. Air daging jangan dibuang.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia dan lengkuas. Letak sedikit air sahaja untuk mengisar supaya bahan-bahan kisar tersebut menjadi pekat dan tidak cair.
3. Campurkan cili boh, rempah gulai dan rempah masak Cap Bunga Rose serta rempah kari daging ke dalam bahan-bahan kisar tersebut. Adun hingga sebati.
4. Masukkan minyak ke dalam periuk dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau.
5. Kemudian, masukkan bahan kisar yang telah dicampur dengan cili boh dan rempah-rempah tadi. Masak sehingga naik minyak dan garing.
6. Masukkan daging dan air daging. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati bersama-sama dengan rempah tersebut.
7. Masak sehingga naik minyak. Kemudian campurkan santan dan kerisik.
8. Masukkan asam keping, cili hijau dan merah yang telah dipotong dua dan bawang besar yang telah dipotong empat. Boleh juga dimasukkan ubi kentang jika suka.
9. Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa.
Menyajikan "world menu", di mana hidangan merangkumi antaranya, sajian Barat, Korea dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!
Diuruskan oleh pemilik Sara Thai Kitchen, Sara Boat Noodle dikatakan restoran boat noodle pertama di Kuantan.
Menghidangkan masakan asli Johor. Antara yang menjadi kegemaran pengunjung Lontong Goreng Seafood dan Mee Bandung.