Bertemakan Citarasa Ramadan, Hotel Dorsett Grand Subang menyajikan makanan yang bakal menggamit kenangan ketika berbuka puasa di kampung bersama keluarga.
Ini kerana Terraza Brasserie dan Melati Room dihias dengan dekorasi ala kampung bagi menyuntik suasana desa.
Biarpun begitu, hidangan yang disediakan tidaklah terhad kepada masakan-masakan kampung, sebaliknya pelbagai. Ada citarasa Arab, masakan Cina dan juga makanan barat.
Dengan harga RM165.00 bersih untuk dewasa dan RM83.00 untuk kanak-kanak, pengalaman berbuka puasa di sini pasti membuatkan anda tersenyum.
Dengan seleksi yang begitu banyak, apa agaknya hidangan yang mesti anda cuba?
JJCM cadangkan anda mencari menu-menu kegemaran ramai ini - Kambing Panggang yang diperap dengan rempah rahsia bersama dengan Mandy Rice, Nasi Briyani Gam Kambing, Ayam atau Daging, Sotong Sumbat Percik, Asam Pedas Tetel dan Udang Masak Cili Api.
Dan the best of the best iaitu Sup Gear Box yang boleh dinikmati bersama Roti Benggala, nasi putih atau di makan begitu sahaja.
Sup Gear Box di sini memang sentiasa menjadi rebutan ramai kerana rasanya yang sangat istimewa. Cukup rempah ratusnya, daging cukup empuk dan yang paling penting, boleh menghirup sum sum tulang yang semestinya menjadi kegilaan penggemar Sup Gear Box.
Bagi yang menggemari menu goreng-gorengan boleh mencuba menu Nasi Goreng, Char Kuey Teow, Mi Hokkien dan Mi Goreng. Selain itu ada juga hidangan pasta yang pastinya menggamit selera.
Sebelum mengakhiri sesi berbuka puasa, jangan lupa singgah ke kaunter kuih-muih tradisional dan juga kaunter manisan. Ada kuih Seri Muka, Onde-Onde, Kuih Lapis, Pulut Panggang, Pulut Jagung, Puding Roti, Brownies Coklat, Kek Red Velvet dan banyak lagi.
Citarasa Ramadan Dorsett Grand Subang boleh dinikmati sehingga 14 Jun 2018.
Untuk tempahan, sila hubungi 03-50316060. Selamat menjamu selera!
Menyajikan "world menu", di mana hidangan merangkumi antaranya, sajian Barat, Korea dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!
Diuruskan oleh pemilik Sara Thai Kitchen, Sara Boat Noodle dikatakan restoran boat noodle pertama di Kuantan.
Menghidangkan masakan asli Johor. Antara yang menjadi kegemaran pengunjung Lontong Goreng Seafood dan Mee Bandung.