Ingin menikmati sesuatu yang unik dengan harga yang sangat berpatutan?
Apa kata anda singgah di Mee Besen Ori Melaka?
Restoran yang terletak di Pusat Niaga Durian Daun ini menawarkan hidangan yang pasti akan membuatkan anda mencapai tahap kepuasan maksima.
Talam Western (RM35.00)
Menu wajib cuba!
Terdiri daripada dua ketul grilled chicken, spaghetti carbonara, kentang keju dan bebola daging yang dihidangkan sekali dalam satu talam.
Sesuai dimakan untuk dua hingga tiga orang.
Mee Besen (RM10.00 – RM15.00)
Didatangkan dalam tiga saiz iaitu S dengan harga RM6.00, M pada harga RM10.00 dan saiz Superbig pada harga RM15.00.
Hidangan popular yang sangat unik. Boleh pilih jenis mee kegemaran.
Sup berempah tambah terangkat apabila dimakan bersama cili kicap power.
Meatball Merecik (RM10.00)
Ketulan daging yang sangat lembut, dimakan pula dengan sos cendawan lada hitam yang dibanjiri sos keju dan mayonis.
Memang puas kerana kesemua kombinasi tersebut merecik di dalam mulut sehingga tidak boleh berhenti makan.
Hujung minggu ini bakal melihat ramai yang sibuk memenuhi undangan rumah terbuka.
Buat anda yang merancang membuat trip ke kawasan berdekatan seperti ke Ipoh (Perak), Melaka dan Kuantan (Pahang), JJCM ada beberapa cadangan port melepak setelah puas menjamah hidangan raya.
Cofeology Cafe & Restaurant
Menunya menampilkan masakan barat dan Asia.
Antara yang popular di sini, Beef Slider dan Nasi Lemak Bonda.
Oatmeal Crusted Chicken
Turut disediakan pelbagai pilihan pencuci mulut, dari kek ke waffles. Kopi mereka juga tak kurang enaknya.
**Kredit gambar: FB & IG @cofeologycafe**
ALAMAT: Lot 21 - 23 Ixora Condominium, Jalan Bukit Beruang, Bukit Beruang, 75450 Melaka
NO. TEL: 013-288 6792
WAKTU OPERASI: Isnin - Jumaat: 9 pagi - 11:30 malam
Sabtu & Ahad: 8 pagi - 11:30 malam
FACEBOOK: https://www.facebook.com/cofeologycafe/
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/cofeologycafe/
Noah Art Cafe
Berehat seketika di sini sebelum meneruskan eksplorasi Jonker Street.
Beef Brisket Noodles
Nasi Arab with Grilled Chicken
Seperti majoriti kafe, menunya merangkumi hidangan tempatan dan barat.
Antara hidangan signature mereka, Beef Brisket Noodles dan London Beef Sandwich.
London Salt Beef Sandwich
Smoked Salmon Panini Sandwich
Soft Shell Crab Panini Sandwich
Sambil menunggu makanan untuk dihidangkan, terlebih dahulu boleh menghabiskan sedikit masa menikmati seleksi hasil seni dari artis-artis tempatan.
Lava Cake
Waffles with Chocolate Syrup & Ice Cream
**Kredit gambar: FB & IG @noahartcafe**
ALAMAT: No. 9, Jalan Hang Lekiu, 75200 Melaka
NO. TEL: 06-288 2820
WAKTU OPERASI: Isnin, Selasa & Khamis: 9 pagi - 5 ptg
Jumaat, Sabtu & Ahad: 9 pagi - 11 malam
FACEBOOK: https://www.facebook.com/Noahartcafe/
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/noahartcafe/
Halia, Inc
Beroperasi sejak tahun 2013 dalam sebuah gudang kastam lama yang juga menempatkan boutique hotel, Quayside.
Lokasinya yang berdepan Sungai Melaka membuatkannya Instagram-friendly.
Ruang dalamnya luas dan dihiasi dengan barangan vintage yang pasti menarik perhatian pengunjung.
Dinding di kawasan luar dapurnya dihiasi dengan papan kayu warna-warni yang telah dikitar semula.
Menu-nya menjurus kepada masakan barat dengan beberapa seleksi hidangan tempatan seperti Malaysian Fried Rice dan Asam Pedas.
Pelbagai pilihan kek turut disediakan setiap hari, dihasilkan pastry chef mereka sendiri.
Malaysian Fried Rice
Asam Pedas
Chicken Wings
Penne Vongole with Tomato Sauce
Red Velvet Muffin
**Kredit gambar: FB & IG @HaliaInc & @halia_inc**
ALAMAT: No. 1 Jalan Merdeka, Quayside Heritage Centre (opposite Bandar Polis), Bandar Hilir, 75200 Melaka
NO. TEL: 06-284 1011
WAKTU OPERASI: Isnin - Ahad: 7 pagi – 11 malam
FACEBOOK: https://www.facebook.com/HaliaInc/
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/halia_inc/
Menyajikan "world menu", di mana hidangan merangkumi antaranya, sajian Barat, Korea dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!
Diuruskan oleh pemilik Sara Thai Kitchen, Sara Boat Noodle dikatakan restoran boat noodle pertama di Kuantan.
Menghidangkan masakan asli Johor. Antara yang menjadi kegemaran pengunjung Lontong Goreng Seafood dan Mee Bandung.