Ingin menikmati sesuatu yang unik dengan harga yang sangat berpatutan?
Apa kata anda singgah di Mee Besen Ori Melaka?
Restoran yang terletak di Pusat Niaga Durian Daun ini menawarkan hidangan yang pasti akan membuatkan anda mencapai tahap kepuasan maksima.
Talam Western (RM35.00)
Menu wajib cuba!
Terdiri daripada dua ketul grilled chicken, spaghetti carbonara, kentang keju dan bebola daging yang dihidangkan sekali dalam satu talam.
Sesuai dimakan untuk dua hingga tiga orang.
Mee Besen (RM10.00 – RM15.00)
Didatangkan dalam tiga saiz iaitu S dengan harga RM6.00, M pada harga RM10.00 dan saiz Superbig pada harga RM15.00.
Hidangan popular yang sangat unik. Boleh pilih jenis mee kegemaran.
Sup berempah tambah terangkat apabila dimakan bersama cili kicap power.
Meatball Merecik (RM10.00)
Ketulan daging yang sangat lembut, dimakan pula dengan sos cendawan lada hitam yang dibanjiri sos keju dan mayonis.
Memang puas kerana kesemua kombinasi tersebut merecik di dalam mulut sehingga tidak boleh berhenti makan.