Keistimewaan Nick's Gastro adalah setiap ramuan dibuat sendiri.
Location
Review
Nick's Salmon (RM36.90)
Ikan salmon panggang dihidangkan diatas kentang lenyek dan disajikan bersama sayuran panggang.
Ikannya segar dan dipanggang dengan cukup sempurna, dimana kulitnya garing tetapi isi ikan masih juicy.
Kentang lenyek dibuat sendiri dan rasanya lemak berkrim.
Chicken Parmigiana (RM20.90)
Dada ayam disalut dengan tepung roti dan digoreng garing.
Selepas itu, dituangkan sos tomato dan keju.
Chef cukup murah hati dengan sos keju sehingga membanjiri hidangan ayam.
Jika inginkan rasa yang lebih pedas, turut disediakan sos lada hitam.
Big Nick's (RM45.00)
Tiga jenis spaghetti - bolognese, seafood aglio olio dan carbonara dengan tomato ceri - dengan dua jenis daging, ayam panggang dan lamb chop.
Ayam diperap dengan sos manis yang rasanya seakan honey chipotle sementara kambing diperap dengan sos BBQ.
;