Ramadan ini, Restoran Me'nate Steak Hub membawa kelainan daripada tahun-tahun sebelumnya dengan menyajikan pakej bufet berbuka puasa bertemakan Western & Local Delicacies.
Tiga set menu berbeza disediakan, di mana ia dihidangkan secara bergilir-gilir setiap hari dengan hampir 40 jenis hidangan yang terdiri daripada seksyen pembuka selera, salad dan sup, gerang daging dan ayam panggang, seksyen mee, pencuci mulut dan seksyen minuman sejuk dan panas.
Rendang Ayam
Selain menghidangkan menu ala barat, Restoran Me'nate juga turut menghidangkan set seperti Nasi Tomato, Nasi Minyak dan Nasi Briyani. Biarpun menu-menu ini bukan kekuatan mereka, namun rasanya tidak menghampakan. Sedap dan menyelerakan.
Sesuai dengan nama restoran ini, tarikan utama di Me'nate sudah tentulah di seksyen panggangnya. Kebanyakan lokasi selera lain menawarkan Kambing Golek, tetapi Me'nate tampil bergaya dengan membawakan Rusa Golek untuk pengunjung-pengunjung mereka.
Rusa Golek
Hidangan ini jangan sesekali dilepaskan. Ini adalah bintang utama bufet Ramadan ini. Daging rusa terasa sungguh enak berjus. Tidak perlu dimakan bersama nasi, sebaliknya enak dimakan begitu sahaja.
Jika selera anda tidak boleh menerima daging rusa, bolehlah mencuba Daging Panggang. Menu ini juga cukup membangkitkan selera. Daging yang di panggang secara medium rare ini menghasilkan daging yang cukup berjus dan lembut. Kombinasikan dengan sos lada hitam. Memang terbaik.
Daging Panggang
Lain-lain menu yang boleh didapati untuk bufet Ramadan ini ialah Fettucini Carbonara, Mihun Sup, Kway Teow dan Mee Goreng, Arrabbiata Pasta, Ayam Masak Merah, Kuih Muih Tradisional, pelbagai kek, minuman sejuk dan panas seperti Air Bandung, Air Jagung, Air Kathira, Teh dan Kopi.
Untuk tempahan anda boleh menghubungi Me'nate Steak Hub berhampiran. Terdapat empat lokasi yang boleh dikunjungi iaitu di Ampang Jaya, Setapak, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam.
Kuih Tradisional
Desserts
Selain itu, anda juga boleh mengikuti Me'nate Steak Hub di akaun Instagram @menatesteakhub untuk update terkini.
Sempena musim perayaan kali ini, NY Steak Shack menyediakan beberapa hidangan istimewa untuk dikongsi bersama orang tersayang dan juga kenalan.
Seperti frasa 'Joy shared is double joy', restoran yang diinspirasikan dari Kota New York ini tampil dengan empat 'All New Sharing Platters' yang terdiri daripada Seafood Platter, Beef Platter, Poultry Platter dan Lamb Platter.
Kesemua platters ini dihidangkan bersama Nasi Labu, kentang goreng dan sayuran campur yang diiringi dengan hidangan pembuka selera yang ideal.
Jika anda penggemar makanan laut, anda pasti akan menikmati Seafood Platter yang terdiri daripada Calamari Goreng bersama Udang Bawang Putih dan Sizzling Emerald Fish yang berharga RM89.90++.
Seafood Platter
Ini kerana makanan laut yang dihidangkan cukup segar dan mewah dengan rasa.
Kehadiran Nasi Labu melengkapkan hidangan kerana rasanya yang istimewa.
Jika anda alah dengan makanan laut dan menggemari hidangan daging merah, bolehlah mencuba Beef Platter atau Lamb Platter.
Kedua-dua set ini juga tidak kurang enaknya.
Beef Platter
Beef Platter yang berharga RM99.90++ ini terdiri daripada Beef Tenderloin skewers yang dihidangkan bersama Bebola Daging.
Satu lagi pilihan untuk Beef Platter ialah menu signature NY Steak Shack iaitu NY Striploin.
Lamb Platter
Buat penggemar hidangan ayam dan itik, boleh memesan Poultry Platter yang terdiri daripada kombinasi Rosemary Chicken dan Chicken Cevapi bersama Sizzling Duck Chop dengan harga RM89.90++.
Poultry Platter
Lengkapkan juadah berbuka puasa dan raya ini dengan mocktail buah-buahan yang terdiri daripada Lemonade Zest, Minty Lime Cooler, Orange Breeze atau Mix Perfect pada harga RM8.90 setiap satu.
Menu 'All New Sharing Platters' boleh didapati di semua cawangan NY Steak Shack dari 14 Mei hingga 15 Julai 2018.
Jika merancang untuk meraikan buka puasa bersama teman-teman sekerja atau reunion teman sekolah, boleh cuba Bufet Ramadan di The Kuala Lumpur Journal yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Bufet yang berharga RM118.00 seorang ini menampilkan kelainan apabila menyediakan ‘Lok-Lok Stop’ buat pelanggan yang gemarkan hidangan stimbot.
Bukan sedikit pilihan yang tersedia, tetapi ada lebih daripada 30 jenis skewer yang boleh dinikmati.
Bahkan anda boleh memilih sama ada ingin merebusnya di dalam Sup Tomyam, Sup Ayam ataupun memanggangnya.
Terdapat juga kuah kacang sebagai pelengkap rasa.
Bagi yang tidak menjamu selera dengan hidangan nasi dan lauk-pauk, boleh ke kaunter utama yang menyediakan pelbagai juadah menarik seperti Kambing Masak Kurma, Ayam Kapitan, Asam Pedas Ikan Pari dan Ayam Percik.
Tidak ketinggalan, Kari Kepala Ikan dan Rendang Daging yang sememangnya terkenal di kalangan pelanggan KL Journal.
Jika perut masih belum kenyang, masih ada lagi menu yang boleh dirasa iaitu Otak-Otak Muar, Rojak Buah, Pasembur, Soto Ayam dan juga pelbagai jenis kuih tradisional yang pastinya menambat selera.
Bagi peminat coklat, jangan lepaskan peluang ke kaunter Chocolate Fountain. Ada pelbagai pilihan buah dan marshmallow untuk disalut coklat.
Tidak ketinggalan, kaunter minuman. Ada pelbagai pilihan untuk anda. Sama ada minuman panas, jus dan juga kordial.
Untuk tempahan anda boleh menghubungi talian 03-21102211 atau emailkan sebarang pertanyaan di [email protected]
Siapa kata menjamu selera di hotel semestinya mahal? Dengan tawaran terbaharu dari Coffee House, Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur, anda boleh menikmati set menu ala carte hanya pada harga RM25.00.
Terdapat lapan set menu yang ditawarkan, terdiri daripada menu kegemaran tempatan dan juga antarabangsa. Setiap set dilengkapi dengan sepotong kek pilihan dan minuman teh atau kopi.
Berikut lima menu yang mesti anda cuba:-
Curry Noodle with Cockles
Hidangan Mi Kari di sini memang tidak menghampakan.
Kuah kari yang pekat membuatkan menu ini mewah dengan rasa.
Selain itu, makanan laut yang digunakan juga segar.
Indonesian Fried Rice with Malinja Crackers
Nasi goreng Indonesia memang terkenal dengan rasanya yang memikat.
Jika anda suka masakan pedas, menu ini mesti dicuba.
Grilled Chicken Chop with Mashed Potato
Menu kegemaran ramai ini juga tidak kalah dengan rasanya.
Isi ayam dipanggang sempurna.
Sayuran brokoli, kobis bunga dan lobak merah berfungsi sebagai pengganti nasi.
Sunway Putra Club Sandwiches
Penggemar sandwiches mesti cuba menu ini. Sedap memikat.
Dilapisi kepingan daging, salad dan telur, sandwiches ini lengkap dengan khasiat.
Turut dihidangkan bersama kentang goreng.
Trio Mushroom’s Spaghetti
Menu Itali ini mungkin direka untuk vegetarians atau penggemar cendawan.
Rasanya enak dan saiznya bersesuai dengan harga set ini.
Paling penting ramuannya segar.
Set ala carte ini tersedia dari jam 11 pagi hingga 10 malam sehingga 31 Disember 2018.
Menyajikan "world menu", di mana hidangan merangkumi antaranya, sajian Barat, Korea dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!
Diuruskan oleh pemilik Sara Thai Kitchen, Sara Boat Noodle dikatakan restoran boat noodle pertama di Kuantan.
Menghidangkan masakan asli Johor. Antara yang menjadi kegemaran pengunjung Lontong Goreng Seafood dan Mee Bandung.