Beroperasi di U12, Shah Alam, Warong D'Makan menghidangkan seleksi makanan timur dan barat di bawah satu bumbung.
Sup Daging (RM6.00)
Cukup berbaloi-baloi! Hirisan daging empuk cukup lembut dan kenyal dikunyah.
Enak dimakan panas-panas dengan nasi putih beserta telur dadar.
Grilled Chicken Chop (RM10.00)
Kepingan ayam dipanggang sempurna masih mengekalkan kandungan teksturnya yang juicy.
Sos lada hitam melitupi keseluruhan ayam, tidak terlalu menyengat, sesuai juga untuk anak-anak.
Asam Pedas
Lulus dan diperakui sebagai asam pedas menarik untuk dicuba.
Seperti kebiasaannya, menu ini dihidangkan dengan telur masin dan ulam-ulaman.
Tahun 2018, INTEKMA Resort & Convention Centre (INTEKMA) yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam menyajikan pelbagai selera masakan kampung yang lazat dengan kadar harga berpatutan kepada pelanggan.
Pelbagai pilihan appetiser
Sesi berbuka puasa yang dinamakan Iftar@INTEKMA ini diadakan di Ruangsari INTEKMA, iaitu ruang dewan banquet (marquee tent) yang boleh memuatkan hingga 1,000 orang pelanggan atau tetamu pada satu masa.
Mee rebus
Ayam Berlada
Lebih daripada 70 jenis hidangan selera masakan kampung boleh didapati di Ruangsari INTEKMA.
Ikan Sepat Masin Gulai Nenas
Lala Tumis Cili Padi
Antara menu popular adalah Kari Kepala Ikan, Daging Masak Kerutup, Ayam Berlada, Hati Lembu Rendang Pedas, Kupang Masak Berempah dan Sayur Lemak Pucuk Ubi.
Ayam Goreng Berempah
Tidak ketinggalan adalah juadah sampingan yang menjadi pilihan setiap tahun seperti Bubur Lambuk Ayam dan Daging, Murtabak, Kambing Golek, Pasembur, Cucur Udang, Laksa Utara, Kuey Teow Goreng dan Mee Rebus yang dimasak secara langsung di gerai-gerai yang disediakan.
Limpa Masak Dendeng
Kambing Golek
Hidangan pencuci mulut seperti Sago Gula Melaka, Agar-Agar Santan, Puding Roti dan Karamel serta Bubur Cha Cha merupakan hidangan yang mesti anda cuba sebelum meninggalkan Ruangsari.
Bread Butter Pudding
Sesi Iftar@INTEKMA bermula dari 18 Mei hingga 14 Jun 2018.
Pelbagai pilihan kek
Untuk keselesaan tetamu, INTEKMA juga menyediakan kemudahan pengangkutan buggy, surau, tandas dan parkir percuma.
Beraneka jenis dessert disajikan
Untuk maklumat lanjut mengenai buffet Ramadan, sila hubungi 03-55225009 / 5222 / 5066 / 5001 / 5104 / 5106.
Menyajikan "world menu", di mana hidangan merangkumi antaranya, sajian Barat, Korea dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!
Diuruskan oleh pemilik Sara Thai Kitchen, Sara Boat Noodle dikatakan restoran boat noodle pertama di Kuantan.
Menghidangkan masakan asli Johor. Antara yang menjadi kegemaran pengunjung Lontong Goreng Seafood dan Mee Bandung.