Hujung minggu ini bakal melihat ramai yang sibuk memenuhi undangan rumah terbuka.
Buat anda yang merancang membuat trip ke kawasan berdekatan seperti Ipoh (Perak), Melaka dan Kuantan (Pahang), JJCM ada beberapa cadangan port melepak setelah puas menjamah hidangan raya.
Karat Cafe
Rumah lama yang terdahulunya sebuah pejabat kerajaan sebelum dijadikan sebuah asrama kini, diubah suai menjadi kafe.
Senibinanya ringkas tetapi cantik dan klasik.
Hiasan dalamannya mengutamakan barang-barang lama sebagai perhiasan, ada juga yang dwi-fungsi sebagai perabot untuk kegunaan pelanggan.
Pendek kata, setiap sudut memang sesuai dijadikan latar untuk bergambar.
Dari segi makanan, Karat Cafe menghidangkan masakan Melayu dan Barat.
Nasi Sambal Sotong
Mee Sarang Burung
Nasi Daging Dendeng
Yang dikatakan specialty mereka Salmon with Lemon Sauce - Mashed Potato dan Salmon with White Sauce - Mediterranean Rice.
Udang Masak Lemak
Spaghetti with Salmon
Cucur Bawang
**Kredit gambar: FB & IG @karat135**
ALAMAT: No. 137, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30000 Ipoh, Perak
NO. TEL: 012-911 3556
WAKTU OPERASI: Isnin - Selasa, Khamis - Ahad: 5 ptg - 12 pagi
FACEBOOK: https://www.facebook.com/karat135/
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/karat135/
Warteg Ipoh
Mula beroperasi pada September 2016, kafe yang namanya merupakan singkatan Warong Tegar dalam Bahasa Indonesia, cukup popular di kalangan penduduk Ipoh.
Asam Pedas
Seafood Pasta
Milky Stew Bread Bowl
Menunya dibarisi hidangan Melayu dan Jawa seperti Nasi Uduk, Nasi Liwet dan Nasi Ayam Pedes.
Nasi Uduk
Nasi Ayam Pedes
Nasi Liwet
Namun yang diperkatakan ramai semestinya Javanese Set mereka.
Seleksi makanan laut termasuk ketam, sotong, udang dan mussels beserta sayur-sayuran (kacang panjang, terung, tauhu goreng and tauhu) dihidangkan dengan crispy glass noodles dan kuah sambal yang manis-manis, sedikit pedas dan masin.
French Java Crab
Java Crab
Java Seabass
Untuk pencuci mulut, ada beberapa pilihan kek dan yang harus dicuba, Sagu Biru.
Sagu Biru
**Kredit gambar: FB & IG @wartegipoh**
ALAMAT: No. 73, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak
NO. TEL: 0195617956
WAKTU OPERASI: Selasa - Sabtu: 4 ptg - 1 pagi
Ahad: 3 ptg - 12 pagi
FACEBOOK: https://www.facebook.com/wartegipoh/
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/wartegipoh/
Konda Kondi Cafe & Bistro
Antara kafe hipster terawal di Ipoh yang sehingga hari ini masih menjadi lokasi pilihan ramai.
Menghidangkan masakan tempatan serta ala Mexico yang telah diubah suai untuk citarasa penduduk tempatan.
Lamb Brocheta
Aglio Olio
Chicken Lava Burger
Meatball & Curly Fries with Barbecue & Cheese Sauce
Fried Squidward
Giant Dinner
Brownies with Ice Cream
**Kredit gambar: FB & IG @kondakondicafe**
ALAMAT: No. 183, Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubile, 30000 Ipoh, Perak
NO. TEL: 016-492 9660
WAKTU OPERASI: Isnin, Rabu - Ahad: 5 ptg - 12 pagi
FACEBOOK: https://www.facebook.com/Kondakondicafe/
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/kondakondicafe/
Menyajikan "world menu", di mana hidangan merangkumi antaranya, sajian Barat, Korea dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!
Diuruskan oleh pemilik Sara Thai Kitchen, Sara Boat Noodle dikatakan restoran boat noodle pertama di Kuantan.
Menghidangkan masakan asli Johor. Antara yang menjadi kegemaran pengunjung Lontong Goreng Seafood dan Mee Bandung.