Sesuai dengan namanya, Kafe Delicious kini berwajah baru dengan menampilkan pelbagai menu menambat selera.
Jika dahulu hidangannya lebih terarah kepada makanan barat, kini menu Delicious penuhi selera lapisan masyarakat.
Thai Duck Confit Salad (RM28.00)
Hidangan pembuka selera ini tampil dengan perisa menyegarkan.
Kombinasi kepingan itik, timun, tomato, limau bali dan basil memicu selera ketika menanti hidangan utama dihidangkan.
Korean Fried Chicken Wings (RM18.00)
Hidangan ini memang wow!
Lebih-lebih lagi jika disira dengan sos Gochujang yang pedas meletop!
Jika tak tahan pedas, minta honey glaze. Keranggupan ayam goreng boleh buat diri jadi ketagih.
Nasi Kerabu Ayam Percik (RM33.00)
Hidangan tradisi dari Pantai Timur ini tidak mengecewakan.
Hampir lengkap bahan-bahannya. Ada budu, sambal belacan, ikan masin, telur masin, kerabu dan juga sepotong peha ayam yang besar.
Mungkin boleh makan berdua untuk sepinggan.
Mee Goreng Mamak (RM28.00)
Tiada yang istimewa jika ingin dibuat perbandingan dengan mee mamak original.
Bagaimanapun, rasanya tidak menghampakan. Boleh dipesan jika anda seorang penggemar mee mamak.
Hainanese Chicken Chop (RM28.00)
Menu kegemaran ramai ini biasa-biasa sahaja.
Dihidangkan bersama sos Hainanese, kentang goreng dan sayuran segar, Hainanese Chicken Chop ini tidak rugi untuk dicuba kerana ia datang dalam saiz mewah.
Sirap Bandung Panna Cotta (RM18.00)
Manisan ini mesti dicuba kerana ia agak berbeza.
Dihidangkan bersama aiskrim vanilla, taburan sagu dan hirisan strawberi, panna cotta ini memberikan letusan rasa membahagiakan.
Bertemakan ‘Juadah Nusantara’, Cinnamon Coffee House, One World Hotel, Petaling Jaya menawarkan buffet Ramadan yang pelbagai rasa.
Tidak terhad kepada sajian tradisi Melayu, buffet Ramadan ini juga menyedikan menu-menu popular bercitarasa antarabangsa.
Kuih Gulung
Dengan harga RM168.00 untuk dewasa dan RM84.00 untuk kanak-kanak, anda boleh makan sampai puas sehingga jam 10.30 malam.
Harga ini mungkin agak mahal, tetapi sesuai dijadikan pilihan untuk acara istimewa seperti meraikan ulangtahun kelahiran ahli keluarga, teman rapat mahupun rakan sepejabat.
Selain itu, boleh juga dijadikan pilihan untuk majlis berbuka puasa dengan teman-teman sekolah.
Kuih Tako
Untuk edisi Ramadan tahun ini, anda boleh memulakan eksplorasi rasa anda dengan mencuba hidangan pencuci mulut yang terdiri daripada pelbagai jenis kerabu dan ulam-ulaman.
Sesudah itu bolehlah menikmati hidangan utama yang menjadi bintang kepada buffet Ramadan ini.
Patin Tempoyak
Antara menu yang mesti dicuba ialah Sambal Paru, Daging Deng Deng, Ikan Keli Masak Berlada, Sambal Sotong, Rendang Daging dan juga signature dish Ramadan mereka iaitu Sup Gear Box atau Sup Campur.
Rendang Daging
Menu yang satu ini saban tahun mendapat maklum balas yang baik.
Sebabnya, letusan rasa sup ini memang membuka selera.
Boleh pilih isi sup yang diingini. Ada gear box, tulang lembu, daging lembu, kambing, lidah lembu dan perut lembu.
Sebagai pelengkap rasa, jangan lupa letakkan sedikit sambal kicap untuk nikmat pedas.
Sambal Paru
Lain-lain menu yang boleh dicuba ialah Rendang Ekor Lembu, Gulai Hati Lembu, Ketam Kalio, Nasi Daging Beriani, Udang Masak Sambal Hijau, Ayam Goreng Berempah dan Rojak Sotong Kangkung.
Sup Gear Box
Selain itu, jangan lupa mencuba hidangan pemanis mulut. Ada kuih-muih tradisional, Pengat Pisang, Bubur Cha Cha, Dodol, aiskrim dan juga pelbagai jenis kek.
Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian 03-76811157 atau emailkan kepada [email protected]
Mula beroperasi pada Oktober 2017, gerai Lontong & Such diusahakan sepasang suami isteri bersama rakan rapat mereka.
Mengetengahkan tagline "Your Neighbourhood Makan Place", sememangnya rasa hidangan serta layanan yang diberikan kepada pelanggan mereka harus diberi pujian.
Hidangan specialty mereka mestilah lontong. Ada lontong biasa, ayam, sotong dan paru. Tetapi jika confuse yang mana hendak dipilih, bubuh saja kesemuanya. Harga yang dikenakan RM9.50. Berpatutan, bukan?
Admin mencuba hidangan Lontong Ayam (RM6.50). Kuah sayur lodehnya tidak berat dengan rasa santan tetapi dari segi lemaknya, rasanya... semuanya tetap ada.
Ayamnya pula digoreng terlebih dahulu sebelum dipotong dalam ketulan besar dan dihidangkan. Memang puas hati meratah daging ayam.
Sebagai hidangan sampingan, admin memesan Roti Jawa Berkaya (RM5.00).
Rotinya dibuat sendiri oleh pemilik. Teksturnya tidak selembut roti komersial, lebih kepada roti tradisional yang kenyal dan bila dibakar, harum baunya.
Enak dimakan dengan kaya ataupun dicicah dalam kuah sayur lodeh.
Tambah best-nya tentang Lontong & Such, air dihidangkan secara percuma. Ada air kosong, air teh dan kopi. Buatlah seperti rumah sendiri.
Admin sudah lama tergerak hati ingin ke tempat yang admin gambarkan sebagai "dibawah papan iklan besar sebelah Lebuhraya Damansara Puchong dengan lampu kuning hipster menyala".
Restoran yang dinamakan The Billboard ini mula beroperasi sekitar Februari 2018. Buat mereka yang sudah berkesempatan ke sini, ia kini menjadi antara singgahan kegemaran tatkala kempunan hidangan Western.
Gambar dari @thebillboardofficial
Kunjungan admin ke sini pada hari Sabtu. Seperti yang dijangka, setiap ruang meja dan kerusi sudah ada penghuninya. Suasana meriah dengan alunan muzik dari live band yang sedang membuat persembahan serta kicauan perbualan dari para pengunjung.
Tetapi nasib menyebelahi admin, dalam masa beberapa minit petugas The Billboard telah menguruskan isu tempat duduk. Makanan dan minuman pula sampai dalam masa yang dikira agak pantas memandangkan jumlah pengunjung yang ada.
Gambar dari @thebillboardofficial
Yang memakan masa, membelek menu yang berjumlah 32 muka surat dan memutuskan apa yang ingin dijamah. Barangkali, boleh dikira sebagai perkara yang baik bila petugas yang mengambil pesanan kami memaklumkan hidangan Local Fusion tidak disediakan pada malam itu.
Kami memesan Wings - Kimchi Style (Mild Spicy) (RM19.00), Seafood Marinara (RM18.00) dan Peri-Peri Chicken (Half Chicken / Roast / Spicy) (RM18.00).
Kepak ayam digoreng rangup sebelum digaulkan dengan sos kimchi. Ayamnya rangup di bahagian kulit namun dagingnya masih tender dan juicy. Sos-nya tidak pedas biarpun dikatakan “mild spicy”, lebih kepada rasa manis tomato. Kombinasi sos dengan kepak ayam goreng memang enak.
Wings - Kimchi Style
Hidangan pasta yang sampai ke meja mengejutkan kami seketika. Besarnya pinggan (!), dipenuhi dengan spaghetti yang dimasak dengan sos marinara dan makanan laut. Mengingatkan admin kepada saiz hidangan yang menjadi trademark Williams Corner di Taman Mayang. Memang mengenyangkan dan memuaskan hati!
Seafood Marinara
Jangan disangkakan Peri Peri Chicken merujuk kepada ayam yang dimasak dengan sos Peri-Peri dari Nando’s. Ayam dimasak secara ‘slow cook’, antara enam hingga 12 jam, sebelum dibakar. Ini sekaligus memastikan daging ayam kekal lembut dan berjus.
Chicken Peri-Peri
Bila dijamah, ayamnya terasa kosong kerana tiada perapan, hanya ada rasa mentega yang tidaklah terlalu kuat. Untuk mendapatkan rasa sepenuhnya, ayam perlu dicicah dalam sos peri-peri yang sedikit masam, tidaklah pedas mana pun (biarpun gambaran menu menyatakan ia “sos pedas”), lemak dan berkrim.
Sebagai kunjungan pertama, admin jujur mengatakan makanan yang disajikan secara keseluruhannya, enak. Berbaloi untuk kembali lagi bagi mencuba hidangan yang lain.
Menyajikan "world menu", di mana hidangan merangkumi antaranya, sajian Barat, Korea dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!
Diuruskan oleh pemilik Sara Thai Kitchen, Sara Boat Noodle dikatakan restoran boat noodle pertama di Kuantan.
Menghidangkan masakan asli Johor. Antara yang menjadi kegemaran pengunjung Lontong Goreng Seafood dan Mee Bandung.