Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.
Location
Video
Review
Lambogini (RM29.90)
Signature di sini.
Lamb chops disusun atas satu sama lain. Dimakan bersama sos bolognese.
Sos-nya yang berasaskan tomato sedikit masam tetapi saling melengkapi daging kambing yang masin.
Daging cincang yang terdapat dalam sos bolognese juga 'kena' dengan daging kambing panggang.
Satu gabungan yang unik.
Pasta Vaganza (RM22.00)
Pasta-nya didatangkan dengan dua jenis sos iaitu sos bolognese dan creamy sauce.
Agak menarik bila digabungkan bersama, teksturnya berlemak tetapi ada juga rasa masam-masam masin.
Dihidangkan bersama chicken chop yang rangup.
Kuey Teow Kung Fu (RM9.90)
Kuey teow digoreng dan disalut dengan telur, sebelum dituangkan sos ke atasnya.
Sos-nya manis (dari udangnya yang segar dan capsicum) tetapi sedikit cair.
Untuk rasa yang pedas, dimakan bersama cili potong.
Chicken Rice Ball Special (RM14.90)
Nasi ayam Mari Makan-style.
Menariknya hidangan nasi ayam ini, ia dihidangkan bersama kerabu mangga.
Tauhu Bergedil (RM4.90)
Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan mencicah sos kacang.
Daging Deng-Deng (1 sudu @ RM5.00)
Dagingnya lembut, kaya dengan rasa rempah dan perapan.
;