Bangsar sememangnya terkenal sebagai bandar elit dimana kebanyakkan penduduknya terdiri daripada orang-orang berada. Oleh itu, harga barang dan makanan di Bangsar sedikit mahal.
Tapi adakah ini bermakna makanan yang dijual di bazar Ramadan Bangsar juga mahal? Jom lihat apa yang boleh dibeli dengan harga RM10 di bazar Ramadan Bangsar dan adakah ia berbaloi.
Mee Jawa (RM5)
Memandangkan tidak banyak gerai yang menjual hidangan ini, JJCM tertarik untuk mencuba.
Kuah Mee Jawa cukup bahan perasa namun agak cair. Size hidangan cukup untuk seorang makan. Namun Mee Jawa ini agak kosong tanpa rencah seperti daging mahupun isi ayam. Hanya cucur dan telur yang menjadi ‘penyeri’ bagi hidangan ini.
Walaupun harga RM5 seakan-akan murah, namun ia tidak berbaloi untuk belanja wang sejumlah itu bagi menikmati Mee Jawa ‘kosong’.
Kuih Tepung Pelita (RM3)
Kuih tradisional ini merupakan kuih favourite setiap kali bulan Ramadan tiba kerana ia lebih mudah didapati pada bulan ini berbanding hari lain.
Keenakkan kuih ini tidak perlu diulas lagi. Rasa manis pandan dan lemak dari santan merupakan satu kombinasi yang cukup sempurna. Berharga RM3 untuk 5 biji kuih tepung pelita, agak berbaloi.
Air Kelapa Bakar (RM2)
Air Kelapa Bakar mula banyak dijual di bazar Ramadan sekitar beberapa tahun lepas. Khasiat daripada minuman ini termasuk seperti mengawal kolesterol, darah tinggi, asid urik dan banyak lagi.
Sepatutnya ia dijual lebih mahal memandangkan ia memiliki khasiat yang begitu banyak. Tapi minuman Air Kelapa Bakar yang dijual di Bazar Ramadan Bangsar ibarat tidak mengandungi satu pun khasiat kerana terlalu manis. Mungkin sebab itu ia hanya berharga RM2.
Selain hidangan berat, lauk-pauk dan nasi, Ramadan tidak terkecuali terlalu sinonim dengan kuih-muih dan manisan. Kepelbagaian pengaruh budaya masyarakat majmuk seakan menjadi perbandingan dalam bentuk warna-warni kuih-muih yang menggoda mata bila ke bazar Ramadan.
Pulut Nangka
When pulut durian and pulut mangga are too mainstream, go for pulut nangka! Khas untuk peminat pulut, pulut nangka ini adalah sesuatu yang patut dicuba. Rasa lemak santan yang dimasak likat, dimakan dengan nangka emas serta aroma pulut pandan, meletus di tunas rasa!
Aneka Kuih
Mengaku sajalah, kita selalu berpusing satu bazar, rambang mata tak tahu apa yang mahu dibeli. Say no more. Di Bazar Kompleks PKNS Shah Alam juga ada gerai menjual empat jenis kuih dalam pek kombo. Kuih lapis, koleh kacang, seri muka dan seri muka durian, apa lagi anda mahu?
Akok
Kuih asalan Kelantan ini boleh dikatakan eksklusif, hanya muncul di bulan puasa sahaja. Selain akok biasa, boleh juga pilih akok pandan untuk kelainan. Kedua-duanya tidak banyak beza, Cuma bau dan warnanya sedikit berlainan.
Buntu memikirkan ke mana destinasi mencuba juadah iftar setelah Ramadan menghampiri penghujungnya? Apa kata kali ini ke bazar Ramadan di Wangsa Maju yang menjanjikan variasi hidangan memuaskan tunas rasa.
Durian Goreng
'Laris macam durian goreng panas' mungkin menjadi peribahasa moden terbaru! Pasti rangup di luar dan lembut di dalam jika dimakan panas-panas, sayangnya, ianya Ramadan. RM5 untuk 3 ulas durian goreng agak berbaloi apatah lagi untuk mereka yang penggemar raja buah ini.
Murtabak Maggi
Maggi yang dimasukkan bersama adunan agak terlebih kembang membuatkannya sedikit lembik. Namun rasanya masih boleh diterima, cukup rasa sebagai sekeping murtabak biasa.
Nona Manis
Seakan kuih Tepung Pelita, Nona Manis adalah manisan yang wajib dicuba. Nona Manis Kacang Merah Manis berlemak dengan rasa disertai ketulan kacang merah. Kental tapi lembut, agak kurang manis jika berbanding Tepung Pelita.
Bazar Ramadan Seksyen 13, Shah Alam ini memang popular saban tahun. Satu sebab mengapa ramai yang memilih ke bazar ini adalah kerana kepelbagaian juadah yang ditawarkan.
Apa tidaknya, bazar Ramadan ini menempatkan lebih 100 gerai. Sebut sahaja menu yang anda inginkan, pasti ada di sini.
Bagi yang masih belum berkesempatan singgah di bazar ini, mungkin anda ingin tahu apa menu yang berbaloi untuk dibeli. Jom lihat senarai di bawah.
Nasi Lemak Kukus Utara
Nasi lemak memang all time favourite bagi rakyat Malaysia. Jadi, tidak hairan kalau ramai yang mencari menu ini untuk berbuka. Kalau mahu yang tradisional, boleh beli Nasi Lemak Kukus Utara.
Berharga RM2 setiap bungkus, nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang ini mempunyai beberapa pilihan lauk iaitu ikan masin, kerang, sambal udang, sambal sotong, ayam goreng, ikan bilis, telur dan rendang ayam. Rasanya tidak mengecewakan. Sedap! Sambalnya pun membangkitkan selera. Pedas secukup rasa.
Daging Salai Masak Lomak Cili Api
Menu ini dibeli di gerai D’tratak Masakan Nogori Sembilan. Sebekas kecil berharga RM7. Mungkin bagi sesetengah orang agak mahal, tetapi percayalah anda tidak akan menyesal.
Rasanya memang menyelerakan dan ‘menjadi’. Cuma tekstur daging agak liat. Tetapi ada juga yang lembut. Tahap kepedasan juga tidak melampau dan boleh dinikmati oleh semua orang.
Nasi Padang Asli
Jika mengidam masakan Padang, boleh singgah di Nasi Padang Asli yang dijual di atas trak makanan (food truck).
Bagaimanapun, harga makanan yang ditawarkan agak mahal memandangkan saiz hidangan sangat kecil. Seketul Ayam Berlado berharga RM5. Daging Dendeng, RM5, dan Terung Berlado juga RM5. Semuanya dalam kuantiti kecil, sesuai untuk dimakan seorang.
Tentang rasa, tidak dinafikan memang sedap. Boleh juga dibungkus dengan nasi.
Itik Panggang Syafiq30
Itik panggang yang semakin mendapat perhatian ramai ini memang patut dicuba kerana rasanya sungguh enak. Seekor itik panggang berharga RM36, manakala untuk setengah ekor berharga RM18.
Daging itik panggang ini rasanya lebih enak daripada ayam panggang kerana ianya lebih manis, kenyal. Bahkan, kulitnya juga bebas lemak. Yang pasti, rempah-ratus perapan untuk itik ini jelas terasa.
Durian Crepe (Musang King)
Hidangan pemanis mulut ini hanya berharga RM5 sepeket. Lebih murah berbanding gerai-gerai lain yang turut menjual menu yang sama. Jadi, berbaloilah untuk dibeli, terutama untuk mereka yang berkeluarga besar.
Rasanya boleh tahan, tidaklah terlalu sedap, tetapi boleh memuaskan selera yang sedang lapar.
Selamat berbuka puasa!
Terletak di lokasi pasar pagi yang dikenali sebagai Pekan Sehari Temerloh, Bazar Ramadan Temerloh sudah pastinya menjanjikan variasi hidangan yang menarik untuk anda.
Kuih Kole Kacang (RM2)
Merupakan kuih tradisi Pahang. Lembut dan enak dimakan, lebih-lebih lagi aroma kacangnya yang membangkitkan selera.
Kerabu Sare (RM3)
Bagi mereka yang inginkan menu berasaskan kolagen, bolehlah mencuba Kerabu Sare dimana rumpai laut digandingkan bersama kerabu.
Pecal (RM3)
Antara menu yang hangat di Bazar Ramadan Temerloh. Beberapa jenis sayur hijau dimakan bersama kuah kacang. Juga sesuai digandingkan bersama mihun/mee.
Kuih Nekbat (RM2)
Kuih yang popular di Kelantan. Diperbuat dari tepung beras dan telur, sudah pastinya bakal menjadi pencuci mulut kegemaran anda selepas ini
Nasi Moo Cow Cow (RM 10)
Dicipta oleh Sidin Cafe bagi memenangi hati peminat nasi set. Didatangkan bersama pilihan daging atau kambing. Dibakar rapi bersama perapan berasaskan herba dan dimakan bersama kuah kerutuk.
Menyajikan "world menu", di mana hidangan merangkumi antaranya, sajian Barat, Korea dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!
Diuruskan oleh pemilik Sara Thai Kitchen, Sara Boat Noodle dikatakan restoran boat noodle pertama di Kuantan.
Menghidangkan masakan asli Johor. Antara yang menjadi kegemaran pengunjung Lontong Goreng Seafood dan Mee Bandung.