Terima kasih buat teman-teman di Oh Bulan! (@ohbulanofficialfan) yang telah mencadangkan resepi dari Amy Catering (@amycatering) ini.
Boleh dihidangkan untuk makan tengah hari, malam ataupun rumah terbuka raya nanti.
BAHAN:
Sotong (dibersihkan)
4 - 5 biji telur masin (direbus)
Cili padi, Bawang besar, Daun bawang & Daun sup (ikut citarasa nak letak banyak mana; jika suka pedas, lebihkan cili padi)
**Jangan masukkan garam
CARA:
1. Potongkan cili padi, bawang besar, daun bawang dan daun sup.
Kelima-lima merah telur masin digunakan, yang putih hanya tiga biji saja sebab tidak mahu masin sangat.
2. Gaul manja bahan-bahan.
3. Sumbatkan bahan-bahan di dalam perut sotong selagi boleh. Selepas itu, tutupkan kepala sotong dengan lidi.
4. Celup sotong dengan Tepung Bistari. Tepung Bistari digunakan kerana dikatakan sedap, rasanya seperti KFC.
5. Gorengkan sotong.
6. Siap digoreng, potongnya bulat-bulat.
Giliran anda pula untuk mengadakan rumah terbuka? Ini dia resipi Ayam Masak Madu dari teman JJCM di MyResipi.
Boleh dihidangkan dengan Nasi Beriani, Nasi Minyak dan yang sewaktu dengannya. Hanya memerlukan 30 minit saja untuk disediakan.
Bahan:
1/2 ekor ayam
Garam
Kunyit
1 sudu rempah kari ayam
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bawang besar
Cili kering
Madu
Gula merah
Sos/tomato puree
Air
Cara:
1. Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
2. Ketuk-ketuk ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bahan perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
3. Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
4. Masukkan tomato puree, madu, gula merah dan air. Kacau.
5. Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah. Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
6. Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bawang goreng, daun sup ataupun sesame seed.
Memasuki hari ke-11 Syawal, pastinya ramai yang sudah memulakan puasa enam.
Untuk enam hari seterusnya, JJCM akan berkongsi beberapa resipi yang boleh dicuba sebagai hidangan berbuka anda.
Terima kasih kepada rakan-rakan di MyResipi atas cadangan resipi.
Kari Telur
Dah bosan dengan daging dan ayam? Ikan pula tiada dalam stok peti sejuk.
Takpe, telur pun mencukupi sebagai hidangan berbuka. Dimasak pula dengan kari, memang membuka selera.
Bahan:
*1 biji bawang besar (cincang halus)
*3 ulas bawang putih (ketuk / belah kasar)
*1 lembar daun kari (di lurut)
1/2 camca teh rempah tumis ikan
2 sudu makan rempah kari ikan
2 sudu makan rempah kari daging
1 1/2 cawan air
1/2 cawan santan pekat
2 biji kentang
2 biji tomato
2 biji lada hijau
Sedikit minyak masak
3 biji telur rebus
Cara:
1. Panaskan minyak. Masukkkan rempah tumis dan kacau sedikit sebelum memasukkan bahan-bahan yang bertanda *. Tumis hingga bawang layu dan naik bau.
2. Masukkan rempah kari dan kacau hingga wangi. Rempah cepat hangus, jadi kacau rata dengan cepat. Masukkan air dan juga kentang.
3. Bila kentang setengah empuk, masukkan santan, tomato dan lada hijau.
4. Akhir sekali, masukkan telur dan biar mendidih, dan semua bahan masak. Bubuh garam sesedap rasa.
5. Siap untuk dihidang dengan nasi panas, bendi goreng rangup dan papadom.
Bergedel Ayam
Andai ada yang merasakan hidangan Kari Telur tidak memadai, boleh saja ditambah dengan resipi Bergedel Ayam dari Chef Hanieliza ini.
Bahan:
4 biji ubi kentang (dipotong kecil)
2 cawan air
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
150 gram isi ayam (dipotong dadu)
1 sudu makan rempah kurma
2 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
3 sudu besar bawang goreng
1 pokok daun sup (diracik halus)
3 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Cara:
1. Basuh dan rebuskan kentang dengan air dan garam sehingga empuk. Tos-kan.
Masukkan kentang ke dalam mangkuk besar dan tumbuk sehingga lumat.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang besar dan masukkan isi ayam. Kacau sehingga masak. Tutupkan api.
3. Masukkan isi ayam dan semua bahan kecuali telur ke dalam mangkuk berisi kentang yang dilumatkan tadi. Gaul rata.
4. Ambil sedikit adunan dan kepalkan. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat sehingga habis adunan.
5. Pecahkan telur di dalam mangkuk lain dan kacau rata. Celupkan ketulan bergedel di dalam telur.
6. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan sehingga garing dengan api sederhana.
7. Angkat dan tos-kan minyak. Sedia dihidangkan.
Resipi Ayam Paprik Kelantan-style dari MyResipi. Boleh juga digantikan dengan daging.
Bahan:
1/2 ekor ayam
[Bahan kisar]
1 inci kunyit
2 batang serai
10 biji cili padi
3 - 4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
Sedikit belacan
[Bahan hias]
4 helai daun limau purut
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
Sedikit garam, gula dan perisa
1 keping asam keping
Cara:
1. Bersihkan ayam dan potong kecil-kecil. Lumurkan dengan sedikit garam.
2. Goreng ayam sehingga separuh masak.
3. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga garing.
4. Masukkan ayam, asam keping, daun limau purut, bawang besar, garam, gula dan perisa serta sedikit air.
5. Masak sehingga ayam masak sepenuhnya.
Untuk hari ketiga puasa enam di bulan Syawal, kita kongsikan resipi gulai daging dari MyResipi, yang disediakan mengikut cara masakan negeri Terengganu.
Bahan:
300 gram daging segar (direbus sehingga agak empuk)
2 sudu besar rempah gulai (Cap Bunga Rose)
1 1/2 sudu besar rempah masak (Cap Bunga Rose)
1 sudu kecil rempah kari daging (cap Baba's)
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar Holland
2 inci lengkuas
1 inci halia
2 sudu besar cili boh
1 kotak kecil santan
1 batang kayu manis, 2 biji bunga lawang, 2 biji buah pelaga & 3 biji cengkih
2 lada hijau & merah (dibelah dua)
1 biji bawang besar Holland (dibelah empat)
1 biji asam keping
2 sudu kecil kerisik
Garam, gula & bahan perasa
Cara:
1. Daging direbus hingga empuk. Air daging jangan dibuang.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia dan lengkuas. Letak sedikit air sahaja untuk mengisar supaya bahan-bahan kisar tersebut menjadi pekat dan tidak cair.
3. Campurkan cili boh, rempah gulai dan rempah masak Cap Bunga Rose serta rempah kari daging ke dalam bahan-bahan kisar tersebut. Adun hingga sebati.
4. Masukkan minyak ke dalam periuk dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau.
5. Kemudian, masukkan bahan kisar yang telah dicampur dengan cili boh dan rempah-rempah tadi. Masak sehingga naik minyak dan garing.
6. Masukkan daging dan air daging. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati bersama-sama dengan rempah tersebut.
7. Masak sehingga naik minyak. Kemudian campurkan santan dan kerisik.
8. Masukkan asam keping, cili hijau dan merah yang telah dipotong dua dan bawang besar yang telah dipotong empat. Boleh juga dimasukkan ubi kentang jika suka.
9. Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa.
Buat anda yang gemarkan sotong, MyResipi mencadangkan resipi Kari Sotong mereka.
Bahan:
6 - 8 ekor sotong (sederhana besar)
*1 ulas bawang merah
*1 ulas bawang putih
*1/2 biji bawang besar
*2 hiris halia
Satu tangkai daun kari
2 biji lada besar
2 sudu makan serbuk kari
Satu sudu makan serbuk kurma
Sedikit air asam jawa
Secubit garam
1 sudu makan cili boh
1 batang kulit kayu manis
NB: Bahan yang bertanda * perlu di mayang
Cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar bersama secubit garam.
2. Apabila dah naik bau, masukkan kulit kayu manis, bawang putih, bawang merah, halia, cili boh dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
3. Kemudian, masukkan sotong dan serbuk kari serta serbuk kurma. Tambah sedikit air jika perlu.
4. Kacau dan terus tutup periuk untuk satu minit. Pastikan api dikecilkan.
5. Masukkan santan, lada besar dan kiub pati ayam. Kacau hingga mendidih.
6. Selepas itu, masukkan gula dan air asam jawa secukup rasa.
7. Angkat dan terus dihidangkan. (Kepada yang sukakan tomato, boleh juga dimasukkan sekali.
Satu lagi resipi istimewa dari MyResipi. Hanya sembilan bahan yang diperlukan.
Bahan:
500g udang
10 cili padi
2 inci kunyit hidup
1 cawan santan pekat
1 batang serai
Garam
Air
Minyak masak
Daun kunyit (dihiris)
Cara:
1. Kisar cili padi dan kunyit hidup.
2. Panaskan minyak dan tumis pes cili padi dan kunyit hidup.
3. Masukkan santan dan serai, dan kacau sentiasa.
4. Tambah air jika perlu.
5. Masukkan udang dan biarkan sehingga masak.
6. Masukkan garam dan kacau.
7. Tabur dengan hirisan daun kunyit dan hidang.
Kita mengakhiri siri resipi untuk puasa enam dengan resipi Nasi Daging yang telah dikongsikan teman-teman MyResipi.
Bahan:
1 kilo beras Basmathi
1/2 kilo daging
1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
1 sudu besar rempah kurma
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
Sedikit mentega / minyak sapi
1/2 cawan puri tomato
1 cawan susu cair
Sedikit garam
Cara:
1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam.
2. Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya. Basuh beras dan toskan.
3. Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga di dalam periuk nasi hingga naik bau.
4. Masukkan beras dan kacau sekejap.
5. Masukkan air rebusan daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk.
6. Bila beras sudah agak kembang, masukkan puri tomato dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.
7. Hidangkan nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula sesedap rasa) dan daging yang telah direbus tadi.
Menyajikan "world menu", di mana hidangan merangkumi antaranya, sajian Barat, Korea dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!
Diuruskan oleh pemilik Sara Thai Kitchen, Sara Boat Noodle dikatakan restoran boat noodle pertama di Kuantan.
Menghidangkan masakan asli Johor. Antara yang menjadi kegemaran pengunjung Lontong Goreng Seafood dan Mee Bandung.