Memang senang sangat nak buat resipi ini. Dan percayalah, hasilnya mampu membuat anda menjilat jari.
Bahan:
Roti
Telur
Keju
Caranya:
1. Apitkan dua keping keju antara dua keping roti.
2. Salutkan roti dengan telur yang telah dipukul.
3. Panaskan minyak dan gorengkan roti itu.
Terima kasih kepada rakan-rakan di Oh Bulan! yang telah berkongsi resipi ini.
Muar memang terkenal dengan makanannya, dari Mee Bandung Muar ke Asam Pedas Parit Jawa.
Tetapi anda tidak perlu membuat perjalanan yang mengambil masa sekitar dua jam dari KL ke Bandar Diraja itu, semata-mata untuk merasa hidangan ternama Muar.
Di Kota Kemuning, Shah Alam terletak Restoran Muar Station yang menjanjikan "citrasa asli dari Muar". Untuk anda yang merancang ke sini, berikut beberapa hidangan mesti dicuba.
Yang pasti, Mee Bandung Muar Ketam (RM17.50).
Terdapat lima jenis menu Mee Bandung di sini. Yang paling istimewa, Mee Bandung Muar Ketam.
Ketam yang digunakan Ketam Bunga. Kuahnya kaya dengan tekstur dan rasa manis isi udang.
Untuk hidangan asam pedas, cubalah Asam Pedas Tenggiri, didatangkan secara set bersama nasi putih, telur dadar dan timun (RM10.80).
Kuah asam pedasnya likat. Tetapi jangan terpedaya dengan warnanya yang merah menyala. Taklah pedas manapun.
Bunga kantan dan daun kesum mengharumkan lagi hidangan. Secukup rasa... masam-masam, pedas-pedas.
Untuk sesuatu kelainan, Lontong Goreng Seafood (RM8.00).
Chef amat bermurah hati dengan kuantiti makanan laut yang dihidangkan.
Sotong dan udangnya pula segar-segar belaka.
Dijamah dengan rempah-rempah olahan chef, memang menyelerakan.
Mungkin hidangan nasi goreng kedengaran biasa tetapi cuba dahulu Nasi Goreng Ayam Berlada (RM8.00) mereka sebelum memberi apa-apa komen.
Yang membuatkan nasi goreng mereka menarik dan lain daripada yang lain, hidangan sampingan ayam berlada yang sebenarnya ayam masak cili.
Cukup rempah ratus dan perisanya. Ayamnya pula lembut dan berjus.
Untuk pilihan daging, ada Nasi Goreng Black Pepper (RM9.50).
Daging dimasak empuk dengan black pepper, perfectly complimenting hidangan nasi goreng.
Nasi Goreng Kampung Seafood (RM8.50), menu kegemaran ramai pelanggan.
Penggunaan belacan menaikkan lagi aroma hidangan.
Admin sudah lama tergerak hati ingin ke tempat yang admin gambarkan sebagai "dibawah papan iklan besar sebelah Lebuhraya Damansara Puchong dengan lampu kuning hipster menyala".
Restoran yang dinamakan The Billboard ini mula beroperasi sekitar Februari 2018. Buat mereka yang sudah berkesempatan ke sini, ia kini menjadi antara singgahan kegemaran tatkala kempunan hidangan Western.
Gambar dari @thebillboardofficial
Kunjungan admin ke sini pada hari Sabtu. Seperti yang dijangka, setiap ruang meja dan kerusi sudah ada penghuninya. Suasana meriah dengan alunan muzik dari live band yang sedang membuat persembahan serta kicauan perbualan dari para pengunjung.
Tetapi nasib menyebelahi admin, dalam masa beberapa minit petugas The Billboard telah menguruskan isu tempat duduk. Makanan dan minuman pula sampai dalam masa yang dikira agak pantas memandangkan jumlah pengunjung yang ada.
Gambar dari @thebillboardofficial
Yang memakan masa, membelek menu yang berjumlah 32 muka surat dan memutuskan apa yang ingin dijamah. Barangkali, boleh dikira sebagai perkara yang baik bila petugas yang mengambil pesanan kami memaklumkan hidangan Local Fusion tidak disediakan pada malam itu.
Kami memesan Wings - Kimchi Style (Mild Spicy) (RM19.00), Seafood Marinara (RM18.00) dan Peri-Peri Chicken (Half Chicken / Roast / Spicy) (RM18.00).
Kepak ayam digoreng rangup sebelum digaulkan dengan sos kimchi. Ayamnya rangup di bahagian kulit namun dagingnya masih tender dan juicy. Sos-nya tidak pedas biarpun dikatakan “mild spicy”, lebih kepada rasa manis tomato. Kombinasi sos dengan kepak ayam goreng memang enak.
Wings - Kimchi Style
Hidangan pasta yang sampai ke meja mengejutkan kami seketika. Besarnya pinggan (!), dipenuhi dengan spaghetti yang dimasak dengan sos marinara dan makanan laut. Mengingatkan admin kepada saiz hidangan yang menjadi trademark Williams Corner di Taman Mayang. Memang mengenyangkan dan memuaskan hati!
Seafood Marinara
Jangan disangkakan Peri Peri Chicken merujuk kepada ayam yang dimasak dengan sos Peri-Peri dari Nando’s. Ayam dimasak secara ‘slow cook’, antara enam hingga 12 jam, sebelum dibakar. Ini sekaligus memastikan daging ayam kekal lembut dan berjus.
Chicken Peri-Peri
Bila dijamah, ayamnya terasa kosong kerana tiada perapan, hanya ada rasa mentega yang tidaklah terlalu kuat. Untuk mendapatkan rasa sepenuhnya, ayam perlu dicicah dalam sos peri-peri yang sedikit masam, tidaklah pedas mana pun (biarpun gambaran menu menyatakan ia “sos pedas”), lemak dan berkrim.
Sebagai kunjungan pertama, admin jujur mengatakan makanan yang disajikan secara keseluruhannya, enak. Berbaloi untuk kembali lagi bagi mencuba hidangan yang lain.
Gerai burger, selepas kedai mamak, sememangnya antara destinasi favourite buat mereka yang kelaparan di tengah-tengah malam.
Memang berlambak gerai pop-up burger ini. Tahap kesedapan berbeza mengikut kemahiran si tukang masak, sos dan patty.
Ada yang menggunakan patty sedia ada seperti Ramly, tak kurang juga yang membuat patty mereka sendiri.
Gerai Sixty Bites Burger bukanlah pop up burger stall yang baharu. Tetapi feedback dari pelanggan menampakkan kualiti burger yang disajikan cukup konsisten.
Jika ada yang belum lagi mencuba burger mereka, mungkin malam ini boleh dipertimbangkan singgah ke sini.
Mulakan pengalaman anda dengan Chezburger (RM10.00), signature mereka.
Rib-eye patty-nya tebal dan juicy, dan dihasilkan sendiri.
Dimakan bersama caramelised onion jam yang manis dan savoury, mustard pickle mayo dan tomato.
Penambahan dari segi patty, beef strips, keju dan onion jam boleh dibuat pada harga yang berpatutan.
Chilli Chez (RM13.00), sama seperti Chezburger, cuma di sini telah diberikan sentuhan Mexican.
Sentuhan yang dimaksudkan adalah tambahan bahan iaitu spicy Mexican meat sauce kepada patty daging.
Menu Hail Caesar (RM10.00) untuk mereka yang gemarkan ayam.
Patty ayam, keju, sayuran, tomato dan chilli flakes disatukan dengan roti bun yang disapukan dengan mayonnaise dan caesar sauce.
Biarpun dihasilkan 100% dari dada ayam, patty-nya amat lembut.
Maui (RM13.00) juga menggunakan patty dari bahagian dada ayam.
Tetapi di sini, patty dilapiskan dengan hirisan nenas dan sos BBQ dan Tabasco serta mayonnaise.
Jika anda tidak keberatan berbelanja lebih untuk burger anda, saranan kami, cubalah Hannibal (RM16.00).
Daging kambing seberat 120g dengan perapan rempah masala, dan hirisan mangga serta terung yang telah dipanggang.
Bahan-bahan ini disusun rapi sebelum dikepitkan dengan roti bun yang terlebih dahulu telah disapukan sos mayo berperisa mangga.
Memang sedap sehingga menjilat jari.
Mula beroperasi pada tahun 1928 dengan nama Sin Seng Nam Restaurant, ia kemudiannya diambil alih oleh Datuk Ghani Abdullah.
Memberi nafas baru kepada kopitiam yang berumur 85 tahun dan berpangkalan di dalam bangunan berusia 100 tahun, para pengunjung ke sini bukan sahaja untuk menikmati hidangan typical kopitiam.
Pada masa yang sama, mereka berpeluang "menenggelamkan" diri dalam persekitaran yang penuh sejarah. Sambil menunggu pesanan dihantar, boleh meneliti gambar-gambar yang menghiasi dinding.
Nasi Lemak (RM12.00), seiring dengan statusnya sebagai hidangan nasional, menjadi item paling popular di dalam menu.
Ayam goreng berempahnya rangup diluar tetapi masih juicy dan tender di dalam.
Cili tumisnya menggigit tetapi pada masa yang sama, manis.
Chee Cheong Fun (RM8.00 - RM12.00), hidangan dari selatan China yang berjaya mendapat tempat di hati warga Malaysia, turut menjadi item kegemaran ramai di sini.
Bezanya daripada yong tau foo di tempat lain, penambahan brokoli. Maka, lebih seimbanglah hidangan ini dari segi sayur-sayurannya.
Didatangkan dengan dua jenis sos. Sos merahnya tidaklah terlalu pedas sementara brown sauce-nya manis-manis dan berlemak.
Fried Meehun (RM8.80) nampak biasa sahaja tetapi jangan terpedaya.
Yang ringkas, yang biasa itulah yang sedap.
Gabungan rasa masin-masin kicap dengan lemak-lemak dari telur dan mee memang membuka selera.
Kuah Mee Rebus (RM5.00) cukup pekat dan likat.
Kombinasi rasa masam-masam limau dan rempah-rempah memang didambakan.
Untuk hidangan yang lebih mengenyangkan, Chicken Chop (RM16.00) sememangnya bestseller di sini.
Disediakan cara Hainanese, ayam digoreng rangup dengan resipi tersendiri.
Brown sauce juga diolah sendiri.
Tetapi ada kelainan yang diketengahkan, penambahan jintan ataupun bawang putih untuk menaikkan selera.
Dan untuk pesanan yang ringan, Rojak (RM5.00).
Tidak pedas, tidak terlalu manis.
Sebaliknya, kuah rojak kaya dengan lemak-lemak kacang.
Menyajikan "world menu", di mana hidangan merangkumi antaranya, sajian Barat, Korea dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!
Diuruskan oleh pemilik Sara Thai Kitchen, Sara Boat Noodle dikatakan restoran boat noodle pertama di Kuantan.
Menghidangkan masakan asli Johor. Antara yang menjadi kegemaran pengunjung Lontong Goreng Seafood dan Mee Bandung.