Gerai burger, selepas kedai mamak, sememangnya antara destinasi favourite buat mereka yang kelaparan di tengah-tengah malam.
Memang berlambak gerai pop-up burger ini. Tahap kesedapan berbeza mengikut kemahiran si tukang masak, sos dan patty.
Ada yang menggunakan patty sedia ada seperti Ramly, tak kurang juga yang membuat patty mereka sendiri.
Gerai Sixty Bites Burger bukanlah pop up burger stall yang baharu. Tetapi feedback dari pelanggan menampakkan kualiti burger yang disajikan cukup konsisten.
Jika ada yang belum lagi mencuba burger mereka, mungkin malam ini boleh dipertimbangkan singgah ke sini.
Mulakan pengalaman anda dengan Chezburger (RM10.00), signature mereka.
Rib-eye patty-nya tebal dan juicy, dan dihasilkan sendiri.
Dimakan bersama caramelised onion jam yang manis dan savoury, mustard pickle mayo dan tomato.
Penambahan dari segi patty, beef strips, keju dan onion jam boleh dibuat pada harga yang berpatutan.
Chilli Chez (RM13.00), sama seperti Chezburger, cuma di sini telah diberikan sentuhan Mexican.
Sentuhan yang dimaksudkan adalah tambahan bahan iaitu spicy Mexican meat sauce kepada patty daging.
Menu Hail Caesar (RM10.00) untuk mereka yang gemarkan ayam.
Patty ayam, keju, sayuran, tomato dan chilli flakes disatukan dengan roti bun yang disapukan dengan mayonnaise dan caesar sauce.
Biarpun dihasilkan 100% dari dada ayam, patty-nya amat lembut.
Maui (RM13.00) juga menggunakan patty dari bahagian dada ayam.
Tetapi di sini, patty dilapiskan dengan hirisan nenas dan sos BBQ dan Tabasco serta mayonnaise.
Jika anda tidak keberatan berbelanja lebih untuk burger anda, saranan kami, cubalah Hannibal (RM16.00).
Daging kambing seberat 120g dengan perapan rempah masala, dan hirisan mangga serta terung yang telah dipanggang.
Bahan-bahan ini disusun rapi sebelum dikepitkan dengan roti bun yang terlebih dahulu telah disapukan sos mayo berperisa mangga.
Memang sedap sehingga menjilat jari.