Sejak beroperasi di Taman Tun Dr Ismail lebih setahun lalu bermula 2017, Sixty Bites Burger menjual sekitar 150 burger setiap malam.
Menu mereka hanya menyenaraikan lima pilihan burger, namun itu sudah mencukupi untuk memastikan peminat burger mereka kembali kerana keenakan patty dan sos yang dihasilkan sendiri.
Location
Review
Chezburger (RM10.00)
Patty-nya tebal dan juicy, enak dimakan bersama onion jam dan mustard.
Chilli Chez (RM13.00)
Sama seperti Chezburger, cuma di sini telah ditambahkan spicy Mexican meat sauce.
Hail Caesar (RM10.00)
Patty ayam, keju, sayuran, tomato dan chilli flakes disatukan dengan roti bun yang telah disapukan dengan mayonnaise dan caesar sauce.
Maui (RM13.00)
Seperti yang boleh dijangka, burger ini mengandungi hirisan nenas.
Hannibal (RM16.00)
Daging kambing seberat 120g dengan perapan rempah masala, dan hirisan mangga serta terung yang telah dipanggang, di susunkan sebelum disapukan ke atas roti bun-nya sos mayo berperisa mangga.
Sedap sehingga menjilat jari.
;