Sebut sahaja Pulau Pinang, pasti ramai sudah terbayangkan keenakkan makanannya yang menjadi antara tarikan utama pengunjung datang ke mari. Tidak hairanlah, destinasi ini mendapat pengiktirafan akhbar United Kingdom, Mirror UK untuk lokasi ‘street food’ terbaik di dunia. Kebiasaanya, menu yang paling popular di sini tentulah Nasi Kandar. Khas untuk pembaca JJCM, ini antara 3 tempat makan menarik lain yang anda boleh cuba di Penang .
Tinggalkan sebentar Nasi Kandar, kerana Mee Goreng Sotong Hameed pastinya boleh membuatkan anda tak tidur malam! Terletak di medan selera Padang Kota, mee goreng istimewa yang di masak bersama ramuan rahsia dan sambal sotong sebagai pelengkap hidangan adalah keunikannya yang tersendiri. Rasa pedas sambal sotong yang melengkapi rencah mee goreng di sini adalah kunci utama mengapa anda perlu cuba menu ini. Cuma nak nasihatkan pembaca #JJCM, bersedialah untuk beratur kerana kalau anda datang pada hari cuti dan hujung minggu, memang ramai orang!
Terletak lebih kurang 30 minit perjalanan dari Georgetown, ini adalah tempat makan yang anda mesti singgah. Sangat berbaloi walaupun terpaksa melalui laluan bersimpang siur ke tempat ini. Laksa utara panas yang dihidang bersama telur rebus, sayur dan bahan-bahan lain bakal meninggalkan kesan di hati anda. Tidak keterlaluan saya katakan, ini antara laksa terbaik pernah saya makan. Keistimewaannya terletak pada kuahnya yang pekat, dengan rasa ikan yang sangat menonjol sehingga saya sendiri menghirup kuahnya sehingga licin!
Buat penggemar kek dan pencuci mulut, ini adalah kafe yang anda wajib pergi. Tidak terlalu komersial dibandingkan dengan China House, kek yang dihidang di sini dibakar segar setiap hari dan perisa kek yang unik menjadi kekuatan utama kafe ini. Paling menarik, Cempedak Crumble yang menggunakan buah cempedak dalam ramuannya. Selain itu, buat penggemar cheesecake boleh mencuba Cempedak Cheese. Menurut pemilik kafe, beliau cuba menampilkan kekuatan perisa tempatan dalam misi menonjolkan ‘what is truly Malaysia!’
_______________________________________________________________________________________________________
Cadangan Penginapan
Georgetown yang juga merupakan ibu negeri Pulau Pinang menyimpan 1001 khazanah menarik, selain kebanyakan tempat menarik terletak dalam bandar yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan dunia UNESCO ini. Dengan lokasi yang cukup strategik, Royale Chulan Penang boleh dijadikan tempat penginapan anda. Dan ini 3 sebab kenapa hotel ini menjadi pilihan!
Boustead Suite
Deluxe Room
Deluxe Suite
Executive Suite
Royale Chulan Penang terletak di tengah-tengah Bandar Georgetown di mana anda mempunyai akses mudah ke tempat-tempat menarik di sekitar bandar ini. Buat mereka yang gemar berjalan kaki, lokasi seperti Padang Kota dan Mural Street Art hanyalah berdekatan dengan hotel ini. Bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan feri, terminal feri terletak betul-betul di hadapan hotel ini.
Heritage Tunnel
Royale Ballroom
Sri Tanjung Cafe
Swimming Pool
Dengan kapasiti lebih 200 bilik dari pelbagai jenis penginapan, hotel ini menawarkan kemudahan yang cukup selesa seperti cafe, kolam renang, gymnasium dan spa. Paling menarik, sebahagian daripada hotel ini iaitu bilik seminar dan mesyuarat berada dalam bangunan klasik yang berusia lebih 100 tahun di mana nilai estetikanya cukup cantik membuatkan hotel ini istimewa di mata pencinta sejarah Malaysia. Oh yeah, Heritage Tunnel juga antara sudut wajib untuk anda ambil gambar di sini. Very instagrammable!
Bagi mereka yang menginap di sini, anda turut boleh menikmati pelbagai jenis diskaun dan potongan harga ke beberapa tempat menarik yang menjadi tarikan pelancong. Antara yang sempat saya kunjungi adalah Muzium 3D Art yang menampilkan kesan 3D hebat yang cukup cantik.
Info tambahan
Buat mereka yang berada di Kuala Lumpur, Firefly menawarkan penerbangan terus ke Pulau Pinang dari Lapangan Terbang Subang dengan kekerapan 4 kali sehari pada tambang yang cukup menarik.
Kuala Lumpur Fabulous Food Hunt 2019 (KLFFH 2019), kali ini membawa tema ‘Back To Kampung’ adalah satu acara yang dinanti-nantikan anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) W.P. Kuala Lumpur/Putrajaya dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
KLFFH 2019 kali ini telah mempertandingkan beberapa kategori iaitu kategori terbuka, tertutup & wanita. Seiring dengan tema ‘Back to Kampung’ maka kali ini warga kota iaitu para peserta telah memburu ‘Jaguh Kampung’ mereka sendiri yang mana ‘Jaguh’ yang dimaksudkan adalah sajian-sajian tradisional rakyat yang terdapat di restoran-restoran makanan tradisi di sekitar Kuala Lumpur. Yang lebih menarik lagi menu makanan yang selalunya amat ‘biasa’ bagi peserta tempatan tetapi unik bagi peserta luar, perlu dihabiskan dengan masa terpantas dan makanan ini terkenal dengan kepedasan, rempah ratus, keaslian dan keunikan yang tersendiri. Pastinya cabaran ini telah menjadi sesuatu yang ‘luar biasa’ serta mencabar dan amat menarik untuk disaksikan pada setiap checkpoint restoran yang terlibat.
KLFFH 2019 telah menjadi salah satu acara penting dalam memperkukuhkan pelancongan makanan Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur dan pada tahun ini juga menerima penyertaan dari luar negara. Acara menarik ini telah dianjurkan selama lebih dari 8 tahun untuk mempromosikan dan memupuk kesedaran di kalangan masyarakat dan pelancong mengenai keunikan pelbagai jenis makanan istimewa Malaysia dan kali ini makanan tradisional pula diketengahkan.
Jumlah penyertaan untuk KLFFH 2019 adalah seramai 1,000 orang, yang dibahagikan kepada 250 pasukan yang telah berlumba di sekitar Kuala Lumpur menggunakan pengangkutan awam seperti teksi, bas, LRT, komuter, monorel, dan MRT. Mereka mesti menyiapkan tugasan di semua 10 lokasi untuk mendapatkan cop sebelum menamatkan perlumbaan.
Setiap checkpoint mempunyai cabaran yang tersendiri antaranya termasuk memakan hidangan tradisional seperti masak lemak cili api, patin tempoyak, ayam kampung, gulai daging salai dan banyak lagi, mereka juga perlu bermain permainan tradisional, menjawab soalan yang berkaitan dengan pelancongan di Malaysia dan Kuala Lumpur serta mencari lokasi restoran tradisi terpilih dalam masa terpantas. Mereka juga perlu mempromosikan hashtags acara seperti #VM2020, #VisitKL, #KLFFH, dan #MalaysiaTrulyAsia dalam posting media sosial sebagai salah satu peraturan dan salah satu usaha untuk mempromosikan Kuala Lumpur sebagai destinasi melalui media sosial.
SALTed, buat anda yang mungkin tidak tahu, merupakan singkatan untuk Sarawak Authentic Local Taste Extra Delicious.
Beroperasi di Mutiara Damansara, ia antara segelintir restoran yang mengkhusus dalam makanan Sarawak. Sejak pembukaannya, restoran tersebut mendapat maklum balas positif daripada anak-anak jati Bumi Kenyalang. Pendek kata, jika hendak mencari hidangan Sarawak yang autentik, SALTed-lah tempatnya.
Tetapi jangan terkejut tatkala melihat menu mereka. Pilihan makanan tidaklah banyak, hanya memberi tumpuan kepada beberapa item penting sahaja. Ada baiknya, tidaklah pening kepala memikirkan apa yang hendak dipesan.
Jika datang bersama beberapa orang teman, tidak mustahil untuk dipesan semua hidangan dalam menu. Lagipun, harga setiap satunya amat berpatutan.
Kita mulakan dengan Sarawak Laksa. Yang basic, berharga RM6.00 dan didatangkan dengan hirisan telur dan ayam. Dari segi portion, basic is just nice buat kaum Hawa. Supnya tidak terlalu pekat atau berlemak, serba-serbi cukup dari segi perisa.
Beransur pula ke Kolo Mee (RM8.50). Menilai pada luarannya, memang tiada yang menarik. Mee-nya putih, tampak plain dengan daging cincang yang sama pucat warnanya. Namun, bak kata pepatah Inggeris, Don’t judge a book by its cover.
Gaulkan mee dan daging cincang sehingga sebati dengan kuahnya. Kemudian, ambil satu suapan besar. Letusan rasa dan tesktur dari kombinasi kuah, daging cincang dan mee akan membuat anda terpegun seketika. Enak sekali!
Sebagai amaran awal, Belacan Beehoon (RM9.50 + telor padi) bukan untuk semua orang. Tetapi saranan admin, cuba dulu kerana pada awalnya admin juga membuat muka bila ditanya jika ingin memesan hidangan unik ini.
Akhirnya, admin yang paling banyak makan sebab ‘kena’ dengan tekak. Rasa belacannya tidak terlalu ketara, sekadar memberi hidangan itu satu sentuhan bau dan rasa geragau yang harum dan menyelerakan. Telor padi menyumbang elemen lemak-lemak kepada hidangan.
Hidangan terakhir yang dipesan, Kacangma atau Motherwort Chicken (RM10.00). Asalnya, hidangan ini disajikan orang Hakka kepada para ibu dalam tempoh pantang. Tetapi hari ini, ia telah menjadi hidangan popular dan kegemaran ramai warga Sarawak.
Semuanya diakhiri dengan segelas Teh C Peng Special Apong (RM5.00). Jika diamati, teh ini ada tiga lapis bermula dengan gula apong di bahagian bawahnya. Gula apong merupakan gula yang dihasilkan daripada nira nipah. Ini diikuti dengan lapisan susu di bahagian tengah dan di atasnya, lapisan teh. Manis dan terbaik!
Secara peribadi, SALTed wajar dikunjungi bukan sekadar untuk mengenali hidangan asli Sarawak tetapi buat anda yang mencari makanan yang sedap pada harga yang mesra rakyat.
Bunyinya seakan renyah hendak disediakan. Iya-lah, bila sudah lapar, aktiviti memasak sememangnya kurang digemari.
Tetapi boleh sahaja menghasilkan hidangan spaghetti olio yang ringkas dengan cepat dan mudah. Guna sahaja bahan-bahan utama dalam masakan itu.
Bahan:
Minyak
Bawang putih
Lada hitam
Spaghetti
Udang / ayam
Caranya:
1. Rebus spaghetti selama 5 - 10 minit.
2. Panaskan kuali dan tumis hirisan bawang putih.
3. Masukkan udang / ayam dan kacau. Langkau langkah ini jika tidak mahu tambahkan udang / ayam.
4. Tos kan spaghetti, masukkan ke dalam tumisan tadi. Tambahkan sedikit garam diikuti dengan lada hitam. Gaul sehingga rata.
5. Tambahkan daun parsley dan minyak olive jika ada.
Terima kasih kepada rakan-rakan di Oh Bulan! yang telah berkongsi resipi ini.
Tak perlu susah-susah nak buat doh, lepas tu nak kerah tenaga untuk uli.
Lainlah kalau ada mesin penguli di rumah. Seperti biasa, kita gunakan apa yang ada.
Bahan:
Roti
Sos pasta / Tomato puree
Keju
Sosej
Caranya:
1. Sapukan sos pasta / tomato puree di atas roti.
2. Letakkan sosej yang telah dipotong (mengikut ketebalan yang diingini) di atasnya sebelum dialaskan dengan dua kepingan keju.
3. Panaskan di dalam microwave oven selama dua minit dengan suhu sederhana.
Terima kasih kepada rakan-rakan di Oh Bulan! yang telah berkongsi resipi ini.
Menyajikan "world menu", di mana hidangan merangkumi antaranya, sajian Barat, Korea dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!
Diuruskan oleh pemilik Sara Thai Kitchen, Sara Boat Noodle dikatakan restoran boat noodle pertama di Kuantan.
Menghidangkan masakan asli Johor. Antara yang menjadi kegemaran pengunjung Lontong Goreng Seafood dan Mee Bandung.