Bertemakan ‘Sajian Dapur Ibunda’, Hotel Empire Subang menyajikan hidangan kampung yang begitu menyelerakan sepanjang Ramadan ini.
Terdapat pelbagai masakan seperti Ketam Telur Masin, seleksi laksa, makanan yang dipanggang segar serta pencuci mulut yang terdiri daripada kek dan pastri serta kuih-muih tradisional.
Berharga RM128 untuk dewasa dan RM88 untuk kanak-kanak, buffet buka puasa di Hotel Empire ini ternyata worth the money memandangkan hidangan yang disediakan begitu menyelerakan. Untuk tempahan, hubungi 03-55651228.
Asam Pedas
Apa yang menarik tentang hidangan asam pedas ini, pengunjung boleh memilih sendiri bahan atau jenis ikan. Antara pilihan ikan yang disediakan adalah seperti pari dan siakap. Ikan yang digunakan segar. Bahan-bahan lain seperti sayur bendi dan tomato boleh dipilih mengikut selera pengunjung. Yang penting, rasa asam dan pedas cukup kaw!
Laksa Johor
Kebanyakkan buffet buka puasa di tempat lain, tidak banyak menyediakan makanan tradisi negeri Johor ini. Tapi di Hotel Empire, Laksa Johor boleh didapati di booth laksa yang turut menyediakan laksa dari Utara. Memilih untuk mencuba Laksa Johor ini merupakan satu pilihan yang tepat kerana kuahnya pekat dan rempah yang digunakan dalam hidangan ini juga seimbang. Namun sedikit menjengkelkan kerana tulang ikan tidak dibuang sepenuhnya. Bagaimanapun, ia merupakan satu hidangan pembuka selera yang enak.
Sup Gearbox
Meskipun Sup Gearbox merupakan signature bagi ‘Sajian Dapur Ibunda’, namun hidangan ini sedikit hambar. Mungkin gara-gara tidak cukup bahan perasa. Dihidangkan dalam satu mangkuk bulat yang besar, sup ini cukup untuk dinikmati seramai 4 orang.