Bertemakan ‘Sajian Dapur Ibunda’, Hotel Empire Subang menyajikan hidangan kampung yang begitu menyelerakan sepanjang Ramadan ini.
Terdapat pelbagai masakan seperti Ketam Telur Masin, seleksi laksa, makanan yang dipanggang segar serta pencuci mulut yang terdiri daripada kek dan pastri serta kuih-muih tradisional. Namun kali ini, JJCM tertarik untuk mengulas mengenai hidangan Asam Pedas, Laksa Johor dan Sup Gearbox.
Berharga RM128 untuk dewasa dan RM88 untuk kanak-kanak, buffet buka puasa di Hotel Empire ternyata worth the money memandangkan hidangan yang disediakan begitu menyelerakan. Untuk tempahan, hubungi 03-55651228.