Jenama snek No. 1 di Malaysia, Mister Potato telah melancarkan snek kerepek yang berasaskan ubi keledek atau keledek ungu, menjadikannya satu-satunya pilihan snek ubi keledek dalam pasaran Malaysia.
Kerepek keledek Mister Potato lazat, menarik dan tentunya memberikan kejutan kepada pengguna yang mencari kelainan pada snek harian kegemaran mereka.
Sejak diperkenalkan di kedai serbaneka pada tahun lepas, snek ubi keledek ungu ini menjadi pilihan popular di kalangan rakyat Malaysia kerana keunikkan warna ungu dan rasanya yang enak.
Snek ini diperbuat daripada 100% ubi keledek yang diimport dan tidak mengandungi sebarang perisa dan pewarna tiruan, menjanjikan kenikmatan snek ungu yang terbaik.
Beberapa tahun kebelakangan ini, ubi keledek telah diberi label sebagai superfood di kalangan pengguna. Kini, lebih banyak menu makanan menggunakan ubi keledek sebagai bahan utama, dari pembuka selera hinggalah ke pencuci mulut.
Kerepek keledek ungu dari Mister Potato boleh didapati di pasaraya dan kedai-kedai serbaneka terkemuka seluruh negara dengan hanya RM4.84 setin.
Jangan lupa untuk mendapatkan kerepek keledek ungu dari Mister Potato di pasaraya terdekat dan uuuuui ungulicious bersama kami!
Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Mister Potato di www.facebook.com/misterpotatocrisps/
Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS) adalah kumpulan anak seni yang diberi bimbingan perniagaan dan beroperasi di Astana Selebriti GTAS, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur bermula Ramadan ini.
Berkonsepkan medan selera, setiap selebriti menampilkan hidangan terbaik mereka yang pasti membuka selera pengunjung.
Nikmati iftar istimewa masakan Arab dan Malaysia di Rabbani Lamb House dengan harga serendah RM49.90.
Sambil menikmati hidangan yang lazat, anda juga boleh mendengar alunan merdu persembahan kumpulan nasyid popular seperti Rabbani, Inteam, Fareast, Nowseeheart serta Munsyid Malaysia.
Pelakon Jaslin Puasa mengambil kesempatan sempena bulan Ramadan ini untuk menjana pendapatan sampingan dengan berniaga di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam.
Antara menu yang ditawarkan termasuk Nasi Ayam, Nasi Daging, Nasi Rendang Berdesup + Sambal dan Nasi Ayam Percik Berdesup.
Imarahkan Ramadan anda dengan menu iftar ‘Hikayat 1001 Rasa’ di The Chef Cafe, Shah Alam. Variasi sajian Melayu Western, hasil air tangan Chef Noor Muhammad Aliff ini dapat dinikmati dengan bayaran serendah RM49.90 untuk seorang dewasa dan RM24.90 bagi kanak-kanak. Menariknya, 10 orang terawal setiap hari dapat menikmati harga promosi early bird pada harga RM39.90.
Antara menu yang dihidangkan termasuk Laksa Tempoyak, Asam Pedas Johor, Masak Lemak Perut & Rebung, Daging Masak Hitam, Masak Lemak Keli Salai, Sambal Goreng Jawa, Rendang Ayam / Daging, Ikan Masak Taucu, Peria Goreng Telur, Mongolian Grill, Lamb Stew, Baked Mix Vege, Black Pepper Beef, Beef Mushroom Lasagna dan Honey Chicken Wing.
Untuk sebarang maklumat atau tempahan, hubungi The Chef Cafe di talian 03-55253707 atau 017-4991707. The Chef Cafe terletak di No. 43, Business Park 1, Seksyen 31, Persiaran Anggerik Vanilla, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor.
Menyajikan "world menu", di mana hidangan merangkumi antaranya, sajian Barat, Korea dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!
Diuruskan oleh pemilik Sara Thai Kitchen, Sara Boat Noodle dikatakan restoran boat noodle pertama di Kuantan.
Menghidangkan masakan asli Johor. Antara yang menjadi kegemaran pengunjung Lontong Goreng Seafood dan Mee Bandung.