Imarahkan Ramadan anda dengan menu iftar ‘Hikayat 1001 Rasa’ di The Chef Cafe, Shah Alam. Variasi sajian Melayu Western, hasil air tangan Chef Noor Muhammad Aliff ini dapat dinikmati dengan bayaran serendah RM49.90 untuk seorang dewasa dan RM24.90 bagi kanak-kanak. Menariknya, 10 orang terawal setiap hari dapat menikmati harga promosi early bird pada harga RM39.90.
Antara menu yang dihidangkan termasuk Laksa Tempoyak, Asam Pedas Johor, Masak Lemak Perut & Rebung, Daging Masak Hitam, Masak Lemak Keli Salai, Sambal Goreng Jawa, Rendang Ayam / Daging, Ikan Masak Taucu, Peria Goreng Telur, Mongolian Grill, Lamb Stew, Baked Mix Vege, Black Pepper Beef, Beef Mushroom Lasagna dan Honey Chicken Wing.
Untuk sebarang maklumat atau tempahan, hubungi The Chef Cafe di talian 03-55253707 atau 017-4991707. The Chef Cafe terletak di No. 43, Business Park 1, Seksyen 31, Persiaran Anggerik Vanilla, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor.