Beroperasi sejak November 2017, ini merupakan percubaan kedua Zul Yahya dalam bidang makanan. Restoran pertama dibuka pada tahun 2007, berpangkalan di Seksyen 13, Shah Alam.
Nampaknya, pengalaman sebelum ini banyak membantu menjayakan usaha terbaharunya apabila nama Zul Yahya Steamboat BBQ berjaya menular, gara-gara Nasi Bajet-nya yang berharga RM6.00. Ia didatangkan sekali dengan minuman percuma.
Nasi Bajetnya mengandungi nasi putih, ayam goreng berempah, gulai power dan sambal berapi.
Nota:
Sepanjang bulan Ramadan, mereka beroperasi bermula jam 4 petang sehingga 2 pagi.
Location
Video
Review
Talapia Goreng Patah Tulang (RM25.00)
Diilhamkan daripada menu yang dilihat Zul Yahya ketika di Madinah, di mana ikan digoreng panas-panas tanpa menggunakan sebarang perapan atau rempah.
Ikan diselar criss-cross untuk memastikan minyak masak masuk sehingga ke tulang, agar ikan garing dari isi sampai ke dalam.
Dicicah dalam kuah istimewa yang dikatakan tiada lemak.
Masak Lemak Udang Galah (RM25.00)
Masak lemak gaya Utara, biarpun kuahnya cair tetapi ia penuh perisa.
Nenas ditambahkan untuk memberinya rasa manis-manis.
Udang galah pula segar dan bersaiz besar.
Cukup membuka selera bila dimakan bersama nasi puth panas.
Mee Bandung (RM7.00)
Mee Bandung gaya Utara dengan telur goyang.
Kuahnya cair kerana tidak menggunakan udang geragau atau ubi keledek.
Sebaliknya, kuah dimasak dengan udang kering, lobak putih, sengkuang dan bahan-bahan sayuran.
Sate Kebab Jumbo (RM15.50)
Antara menu favourite di sini.
Daging diperap dengan rempah ratus.
Dicicah dengan sos cili, mayonnaise dan black pepper.
Grill Lamb Chop (RM17.50)
Sos dibuat sendiri, rasanya lemak-lemak, manis dengan pedas-pedas lada hitam.
;