Pernah viral seketika dulu kerana keenakan pencuci mulutnya, pelanggan kini boleh juga menikmati pelbagai pilihan sandwich, pasta dan pizza.
Location
Video
Review
Tom Yum Seafood Fettuccine (RM19.00)
Jika anda gemarkan rasa Thai yang masam-masam pedas, pasta ini sesuai sekali untuk anda.
Oriental Beef Black Pepper (RM19.00)
Hidangan yang cukup menepati citarasa tempatan.
Pasta dan hirisan daging dimasak dengan cili kering dan lada hitam.
Hawaiian Seafood Pizza (RM23.00)
Toppingnya terdiri dari hirisan nenas, makanan laut, daun parsley, mixed herbs dan dua jenis keju.
San Marco Pizza (RM17.00)
Pilihan pizza buat mereka yang gemarkan makanan manis.
Chocolate hazelnut, pisang dan strawberi sebagai topping.
Peranakan Pandan Waffle (RM17.00)
Waffle-nya crispy di bahagian luar, fluffy dan lembut di dalam.
Dimakan dengan French Vanilla Ice-Cream, buah pic dan gula Melaka.
Shanghai, I'm In Love (RM23.00)
Hidangan pencuci mulut yang mampu memuaskan mana-mana pencinta tegar dessert.
Satu balang dipenuhi dengan aiskrim, kek red velvet, strawberi dan chocolate syrup.
;