Beroperasi sekitar tahun 2016, restoran yang pada awalnya menekankan masakan asam pedas kini mengembangkan menunya untuk merangkumi hidangan Thai.
Waktu operasi sepanjang Ramadan:
Isnin - Ahad: 4 petang hingga 12 tengah malam
Location
Video
Review
Ayam Laprik
Sesuai sekali untuk mereka yang gemarkan hidangan yang pedas.
Tomyam Poktek (RM15.00)
Kaya dengan seafood seperti udang dan kupang.
Tomyamnya manis-manis, hasil daripada udang.
Rasa lemak supnya bukan kerana santan tetapi susu sejat yang digunakan.
Menaikkan lagi seri tomyam adalah rempah-rempah asli dari Thailand.
Kerabu Mangga (RM6.00)
Appetiser yang tepat untuk menaikkan lagi selera makan.
Rasanya sedikit manis daripada biasa kerana penggunaan gula dan pedas-pedas dari cili padi.
Siakap Stim Limau
Ikan dikukus bersama daun sup, cili padi, limau, serai dan daun selasih.
Daging Padkapau (RM6.00)
Enak dimakan dengan nasi putih panas.
Hirisan daging dimasak bersama cili padi, bawang putih dan daun selasih.
;