Untuk masakan Kelantan yang asli.
NB: DItutup setiap hari Isnin minggu keempat.
Location
Video
Review
Ayam Percik Putih (RM5.00 - RM6.00)
Ayam Percik cukup sinonim dengan orang Kelantan.
Kuahnya tidak pedas, rasa rempah juga sederhana sahaja.
Rasa terbakar ayam yang telah dipanggang sesuai sekali dengan kuah putih.
Kerabu (RM2.00 - RM3.00)
Sebagai pembuka selera.
Antara kerabu yang dihidangkan seperti Kerabu Selom, Kerabu Mangga, Kerabu Perut dan Kerabu Jantung Pisang.
Dari segi rasa, ia merangkumi masam, pedas, manis dan masin.
Masak Lemak Ikan Masin (RM3.00 - RM4.00)
Rasa lemaknya ringan sahaja, lebih ketara rasa masin.
Kerutuk Ayam Kampung (RM10.00 - RM12.00)
Ayam dimandikan dalam rempah kerutuk.
Rasa rempah lebih kuat berbanding rasa manis.
Gulai Pajeri Nenas + Terung (RM3.50)
Rasa nenas dan gula lebih ketara berbanding rasa rempah.
Gulai Kawah Daging (RM5.00 - RM10.00)
Kerana rempah dan daging diolah sekali dalam gulai kawah, air daging menjadi sebati dengan rempah.
Butir Nangka (RM3.50)
Akhiri santapan dengan pembasuh mulut yang enak ini.
;