"Malaysian Delicacies"
Menyediakan masakan pantai timur & masakan tradisi melayu.
Location
Video
Dishes
Review
NASI KERABU DAGING BAKAR (RM12.90)
Nasi membiru original dari bunga Telang hookeyyyyy
NASI KERABU AYAM KAPITAN (RM 19.90)
TTUPAK SOTONG
Ini kegemaran orang pantai timur. Ada yang manis ada yang savory. Kat Rasa Wau kita buat yang savory, enak dimakan begitu sajaaaaa.
MEE CALONG (RM 8.50)
Mee calong ini berasal dari daerah Beserah. Ia sangat sinonim dengan daerah itu kerana dikatakan hidangan ini antara hidangan kegemaran penduduk setempat.
Keenakan yang terdapat dalam mee calong terhasil dari bebola ikan dan kuah sup yang dihasilkan menggunakan isi ikan. Hidangan ini merupakan hidangan tanda pengenalan dan tarikan utama di Restoran Rasa Wau.
FRIED GOLDEN PATIN (RM 59.90)
Menu golden patin ini merupakan menu terbaru di Rasa Wau. Ikan patin goreng ini dihidangkan dengan salted egg sauce disamping sambal cili di bahagian dalam ikan. Kombinasi pedas cili dan sos telur masin sangat sedap dan juga amat bersesuaian. Salah satu hidangan pilihan Kak Bell. Recommended untuk anda cuba.
Imej via https://www.bellajamal.com
SUP BELUT THAI (RM 16.90)
Belut yang digunakan adalah belut sawah yang diambil dari Kuala Selangor. Rasa daging belut ini lebih pejal dan kena dengan rasa masam sup dari tomato yang digunakan. Tips dari Puan Linda, elakkan makan tulang belut bagi mengelakkan sakit sendi. Bagi yang belum pernah mencuba, cuba sup belut di sini.
KERUTUB DAGING (RM 11.90)
Menu berasal dari Kelantan ini juga tidak kurang istimewa. Dagingnya di masak lembut bersama rempah khas kerutub yang lazat.
Ikan Patin Tempoyak
Melihat sahaja warna dan kepekatan kuahnya sahaja sudah membuktikan ianya masakan asli Pahang. Memiliki rasa tidak terlalu masam dan pedas disamping ikan yang tidak berbau hanyir, pastinya menu masakan tradisi ini sememangnya amat sedap bagi pengemarnya. Aroma daun kesom, bunga kantan dan haruman tersendiri tempoyak sudah mampu membuatkan perut yang kenyang menjadi lapar. Keharuman tempoyak yang meresap dengan lemak ikan patinnya memang menyelerakan, hinggakan tak puas menghirup kuahnya. Menu ini mesti anda cuba jika berkunjung ke sini.
Imej via @rasa_wau
3 LAYERED SIRAP BANDUNG (RM6.00)
Minuman yang istimewa dengan khasiatnya yang tersendiri.
;