Restoran milik penyanyi veteran Datin Ramziela Radzillah yang mengkhusus dalam masakan Johor.
Location
Review
Kacang Pool (RM10.90)
Menggunakan resipi yang telah diolah pemilik.
Mengandungi daging cincang, kacang parang, baked beans, bawang dan telur mata kerbau.
Serba-serbi mencukupi dari segi rasa.
Sebelum makan, pastikan telur kuning dipecahkan dan digaulkan dengan kuah.
Teow Chew Porridge (RM16.90)
Berbanding bubur biasa, bubur Teow Chew sedikit cair.
Buburnya yang telah dicampur daun bawang dan bawang goreng, dijamah dengan beberapa hidangan sampingan.
Ini termasuk telur masin, ikan masin, ikan bilis, kacang, lobak asin goreng, lobak jeruk, kangkung belacan dan black bean fish.
Ramziela's Swedish Meatball (RM16.90)
Dihidangkan bersama kentang goreng serta brown sauce dan jem cranberry.
Mee Rebus Tulang (RM19.90)
Kuahnya pekat dan likat.
Tulang yang dihidangkan juga berisi.
Nasi Briyani Claypot Muar (RM20.90)
Bau rempah dan daging kambing cukup membangkitkan selera.
Boleh juga dipilih ayam ataupun daging.
Asam Pedas Muar (RM18.90)
Asam pedasnya memang fully loaded dari segi bahan.
Ada daun kesom, bunga kantan, lada hitam dan serai.
Dari segi kepedasan, boleh tahan juga.
;