Ya, cendol ada dijual di mana-mana sahaja tetapi di Professor Cendol, pelanggan diberi pilihan untuk refill cendol mereka.
Selain cendol, di sini juga disediakan beberapa hidangan ala carte.
Location
Video
Review
Mee Rebus (RM6.00)
Kuahnya pekat, kaya dengan geragau dan keledek.
Rojak Pasembor (RM6.00)
Kacangnya dikisar halus, menghasilkan kuah yang lemak, berkrim.
Laksa (RM5.00)
Tiga jenis ikan digunakan untuk mengolah kuah laksa ini.
Rasa masin ikan tongkol agak ketara tetapi diseimbangkan dengan rasa pedas laksa.
Nasi Ayam (RM8.00)
Seakan Nasi Khoumok / Komok kerana warnanya yang kekuningan tetapi dari segi penggunaan rempah, jauh berbeza.
Supnya jernih dan menyegarkan.
Menarik tentang hidangan ini, ayam panggangnya yang diperap secukup rasa.
Set Kambing Bakar (RM12.00)
Perasa dan perisa kambing serba-serbi mencukupi.
Ia dipanggang garing diluar, lembut di dalam.
Olahan sos lada hitam pedas-pedas manis.
Cendol Supreme (RM25.00)
Durian D24 menghiasi mangkuk bersaiz besar yang penuh dengan ketulan ais, cendol, santan, aiskrim vanilla, kacang merah dan jagung.
;