Menghidangkan masakan tradisi Melayu yang diberi sentuhan kontemporari masa kini.
Location
Video
Review
Lontong Goreng (RM9.00)
Selepas viral dengan Lontong Rendang Goreng, Pinggan Puteh kini memperkenalkan menu Lontong Labu Labi.
Lemak labu menggantikan kuah masak lodeh.
Chilli oil dibuat secara in-house menggunakan geragau yang telah dikisar dan dimasak dengan cili.
Nasi Kenduri (RM14.00)
Nasi dihidangkan dalam loyang bersama ayam balado, rendang daging, acar dan telur masin.
Rendang dimasak selama tujuh jam, memastikan dagingnya lembut.
Ayam balado pula pedas dan cukup perisanya.
Ayam Panggang Abe (RM38.00)
Menggunakan resipi nenek chef sendiri.
Ayam yang dipanggang dihidangkan dengan sos yang diperbuat dari beras dan nasi impit.
Daging Tumbuk (RM9.00)
Rupanya seakan Daging Dendeng.
Tetapi Daging Tumbuk garing diluar, lembut di dalam berbanding Daging Dendeng yang garing dan kering.
Digoreng dengan sambal berlada.
Di sini, ia dihidangkan bersama kentang goreng.
;