Bila sudah bosan dengan masak lemak, boleh saja singgah di Pine & Dine untuk masakan Western di Negeri Sembilan.
Location
Video
Review
Buttermilk Pasta (RM17.90)
Direka khas untuk mereka yang gemarkan makanan yang pedas.
Pasta dimasak dengan cili api dan daun kari.
Dimeriahkan lagi dengan sotong goreng tepung dan kupang.
Pine & Dine Meatballs (RM14.50)
Bebola daging yang dibuat sendiri, dijamah dengan sos keju atau jem strawberi.
Steak (Rib Eye) (RM24.50)
Daging diperap dengan garam sahaja.
Tetapi ia sudah mencukupi untuk menaikkan rasa daging.
Daging yang empuk dijamah bersama sos lada hitam atau red heat sauce yang seakan sos cili tetapi lebih pedas.
Lamb Chop (RM21.90)
Dagingnya lembut dengan rasa kambing yang agak ketara.
;