Jika anda seorang yang berani mencuba dan kebetulan berada di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor, apa kata singgah di Orang Orang Art Cafe untuk menikmati belangkas, dikatakan antara haiwan tertua di muka bumi?
Location
Video
Review
Nasi Goreng Belut (RM8.00)
Nasi gorengnya sempoi, digoreng dengan bawang goreng dan daun bawang.
Dihidangkan bersama ikan belut celup tepung. Ikan belut memiliki tekstur dan rasa yang tersendiri.
Berbaloi untuk anda mencuba.
Ketam Nipah Masak Cili (RM7.00 @ 100g)
Ketam nipahnya segar, sedap dimakan begitu sahaja atau dengan nasi.
Belangkas Masak Lemak Cili Api (RM40.00 seekor)
Rasa lemaknya cukup ketara.
Enak sekali dimakan bersama daging belangkas mahupun telurnya.
Jika ada yang cuba terbayangkan bagaimana rasa dan tekstur belangkas, JJCM hanya boleh katakan ia unik, jauh sekali dari rasa atau tekstur ketam atau udang galah.
Belangkas Bakar Cicah Air Asam (RM35.00 seekor)
Untuk menikmati rasa dan tekstur belangkas yang asli, pilihlah Belangkas Bakar.
Dibakar dengan secukup rasa.
Lebih enak bila dinikmati dengan air asam.
Sotong Sumbat Telur Belangkas (RM8.00 - RM20.00)
Kebiasaannya sotong disumbat dengan pulut, di sini telur belangkas menjadi pengisi sotong.
Padat dan kenyal, rasanya sedap dan unik.
;