NR Seafood Village menyediakan pelbagai hidangan masakan panas dan sedap. Kebanyakan menu di sini adalah masakan ala Thai, ikan bakar, western, serta masakan berasaskan rempah. Terdapat begitu banyak sekali pilihan makanan barat selain makanan yang lain.
Antara makanan barat yang menjadi sering menjadi pilihan pengunjung adalah chicken chop yang dihidangkan dengan crispy dan kuah yang amat lazat. Selain itu, antara menu yang juga menjadi pilihan ramai ialah sup belut berherba dan tom yam kelapa muda. Nikmatilah Udang Celup Tepung, Sotong Celup Tepung, Ikan Celup Tepung dan lain-lian yang Rangup di NR Seafood Village.
Nak tau macam mana rasanya? Jangan lepaskan peluang untuk singgah ke sini jika berkunjung ke Terengganu!
Location
Video
Review
SIAKAP STIM HARIMAU MENANGIS (RM 6.00/ 100 GRAM)
Kalau nak rasa masakan ikan feeling “harimau”, datang sini rasa siakap Stim Harimau Menangis kami.
Nangis berjurai-jurai dengan pedasnya terangkat, ada masam-masam sikit dan of course lah sedappp
KETAM TELUR MASIN (RM6.00/100 GRAM)
Mesti kena cuba. ia secukup rasa pedas, berlemak, masin manis, yang pastinya gerenti sedap.
TOM YAM KELAPA (RM9.00)
Ia menggunakan air kelapa muda dan juga kadang kala baik jika bernasib baik, isi kelapa turut dimasukan dalam tomyum tersebut.
Gabungan rasa manis semula jadi air kelapa itu menjadikan kuah tomyum semakin sedap. Jangan risau kerana ia tidak terlalu sukar, cuma tukarkan air biasa dengan air kelapa sebagai kuah tomyum.
IKAN TENGGIRI KICAP PUTIH (RM 10.00/100 GRAM)
Masakan ini memang disukai oleh hampir semua masyarakat Malaysia.
;