Menyediakan sajian warisan Negeri Sembilan.
Location
Video
Review
Daging Salai Masak Lemak (RM8.00)
Kuahnya ada rasa lemak-lemak, masin dan tidak terlalu pedas.
Daging salainya pula tidaklah terlalu ketara rasa bakarnya, lebih kepada rasa lemak dan masin dari kuah.
Ditambah dengan pucuk ubi, cukup membangkitkan selera.
Ikan Keli Salai Masak Lemak (RM6.00)
Kuahnya lebih masam disebabkan kehadiran daun asam.
Teksturnya juga lain kerana ikan keli telah disalai.
Tetapi hasilnya, memang sedap.
Telur Itik Masak Lemak (RM4.00)
Pelbagai rasa yang diperolehi dari satu hidangan ini dari kuahnya yang berlemak dengan kemanisan pucuk ubi dan rasa masin dari telur itik.
Ayam Kampung Goreng Berempah (RM7.00)
Ayam kampung diperap dengan pelbagai rempah ratus sebelum digoreng.
Kegemaran ramai.
Sambal Udang Petai (RM6.00)
Sambalnya pedas-pedas manis, dengan rasa lemak dari petai dan udang geragau yang manis dan segar.
;