Mempertaruhkan masakan asli dan authentic Kelantan, menggunakan rempah dan bahan-bahan yang dibawa dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Nota:
Sepanjang bulan Ramadan, mereka beroperasi dari jam 3 petang hingga 11 malam.
Location
Review
Nasi Kerabu (RM7.00)
Istimewanya Nasi Kerabu di Kelate Kitchen berbanding tempat lain adalah pada sambal kelapa dan sambal tumisnya yang menggunakan resipi turun-temurun.
Selain itu, penambahan jeruk yang dibawa khas dari Kelantan.
Ayam Percik (RM8.00)
Lauk tambahan untuk bulan Ramadan.
Ayam dibakar sehingga rangup di luar, basah-basah di dalam.
Nasi Kukus King (RM7.00)
Gulainya dimasak dengan kerutuk dan rempah istimewa.
Sambalnya pula mengetengahkan kombinasi rasa masam, manis dan pedas.
Dihidangkan dengan ayam goreng berempah.
Nasi Penarik Gulai Ikan Tongkol (RM6.00)
Gulainya secukup rasa, ada rasa lemak, masin, manis dan masam.
Cukup membangkitkan selera.
Kambing Bakar (RM9.90)
Kambing diperap dalam perapan istimewa yang mengandungi halia, serai, bawang dan sebagainya.
Seperti style kambing bakar di Kelantan, anda tidak akan merasa rasa daging sebenar.
Sebaliknya, perapan kambing yang akan menyelubungi seluruh deria rasa anda.
;