Hentian mesti untuk mereka yang gemarkan gulai kawah.
Location
Video
Review
Daging Kawah (RM8.00)
Pilihan gulai dagingnya didatangkan dalam dua variasi - cair dan pekat.
Untuk menghasilkan gulai daging yang pekat dan berlemak, pemilik telah menambahkan bawang putih dan bawang besar.
Bagi gulai daging versi cair, santan dikurangkan sementara kerisik pula ditambahkan.
Siakap Masak Bening Nenas (RM6.50)
Seakan singgang tetapi rasanya manis kerana ditambahkan nenas.
Ayam Lemak Belimbing Buluh + Terung (RM8.00)
Lemak cili api digandingkan dengan belimbing buluh yang memberikan rasa masam-masam.
Butter Chicken (RM5.00)
Selain gulai kawah, patut juga dicuba item ini yang cukup lemak dan manisnya.
Daging & Pucuk Labu
Memang menyelerakan!
Dagingnya empuk dan sebati dengan kuah masak lemak.
;