Cetusan idea sepasang suami isteri yang gemar bereksperimen perihal makanan.
Selepas setahun beroperasi di sebuah gerai, mereka berjaya membuka restoran sendiri bertempat di Balakong, Cheras.
NB: Tempahan perlu dibuat sebelum berkunjung ke sini. Telefon 019-6066692 sebelum jam 2 petang setiap hari (kecuali hari Isnin) untuk membuat tempahan anda.
Location
Video
Review
Asam Pedas Claypot Ikan Tongkol (RM11.90)
Masin-masin ikan tongkol ditambah dengan kuah asam pedas yang pekat membantu membangkitkan selera makan.
The Penyet (RM9.90)
Ayamnya rangup, sambal belacannya pula pedas tetapi diseimbangkan oleh sup yang manis-manis bawang.
Mini Talam (2 pax) (RM32.90)
Talam didatangkan dengan daging kambing dan ayam, dua jenis kentang goreng, sosej, coleslaw dan nasi butter jagung.
Perapan ayamnya sedap, digandingkan dengan brown sauce yang membantu menaikkan seri ayam.
Kambingnya sedikit keras tapi ini mungkin disebabkan pesanan yang dibuat adalah untuk medium well.
Nasi goreng yang kaya dengan rasa mentega, elok dimakan bersama kambing dan ayam, sekali dengan brown sauce.
Cengkerang Out (2 pax) (RM35.00)
Kupang, lala, ketam, jagung, brokoli dan lobak merah dimasak dengan sos yang pedas-pedas manis.
Tsunami Burger (RM20.90)
Menu bestseller.
Kombinasi ayam, keju, daging salai, epal dan nenas menjanjikan rasa yang manis, masam dan berlemak.
;