Menghidangkan makanan laut segar yang dibawa khas dari Sabah.
Nota:
Waktu operasi sepanjang Ramadan: 4 petang - 1 pagi (setiap hari)
Location
Video
Review
Siput Tarik (RM30.00 @ 500g)
Rasa isinya manis-manis lemak.
Dicicah dengan sambal.
Gunakan tusuk gigi untuk mencungkil isinya keluar.
Tomyam Kelapa (RM15.00)
Disediakan cara Thai, ada rasa masam, pedas dan lemak-lemak.
Kuantiti makanan laut dan sayuran memang banyak.
Lala Hamaguri Dry Chilli (RM17.00, kecil)
Lala dimasak dengan cili kering dan kicap.
Saiz lala memang besar.
Ketam Chilli Garlic (RM10.00 @ 100g)
Asalnya masakan Cina tetapi diolah kepada citarasa Melayu.
Tahap kepedasan hidangan boleh diolah mengikut kesesuaian anda.
Lobster Wet Butter Salted With Cheese (RM30.00 @ 100g)
Udang galah yang telah diselitkan dengan keju, dimasak dengan sos butter dan telur masin.
Bukan saja saiz udang galah besar tetapi ia padat dengan isi dari kepala sehingga ekornya.
Memang puas hati!
Ikan Kerapu Tikus Stim Tausi (RM40.00 @ 100g)
Tempahan perlu dibuat terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dua hari sebelum.
Ini kerana Ikan Kerapu Tikus sukar untuk didapati dan jumlahnya terhad.
Ikan dikukus dengan halia dan tausi.
;