Restoran yang viral kerana harga makanannya yang murah. Bayangkan chicken chop dijual pada harga RM5.90!
Location
Video
Review
Chicken Chop (RM5.90)
Ayam disalutkan dengan serbuk roti sebelum digoreng.
Sosnya ada rasa masam-masam manis dengan gabungan rasa pedas dari lada hitam.
Hidangan sampingan yang disediakan termasuk coleslaw dan kentang goreng.
The Dulang (RM49.90, hidangan untuk 3 - 4 orang)
Family platter yang merangkumi ayam panggang, kambing bakar, chicken chop, sosej, coleslaw dan kentang goreng.
Chicken chop digoreng padu, garing diluar tetapi lembut di dalam.
Ia tidak diperap dengan sos. Sebaliknya sos dituang ke atas ayam selepas ia dimasak membolehkan anda merasai keaslian ayam tersebut.
Kambingnya dibakar sekata. Sos lada hitam melengkapi tona masam rasa daging kambing.
UFO Burger (RM16.00)
Tiga jenis keju diadun dan digoreng rangup, dihidang bersama 150g patty daging yang dibuat sendiri.
Perapan dagingnya menarik, lazat juga sos keju yang mengiring hidangan ini.
Kombinasi daging dengan keju goreng amat menarik dan menyelerakan.
Supreme Burger (RM15.00)
Satu lagi hidangan popular di sini.
;