Menghidangkan masakan asli Sarawak.
Location
Review
Laksa Sarawak (RM8.80)
Salah satu hidangan mesti cuba disini.
Udangnya besar dan segar.
Untuk rasa yang lebih pedas, tambahkan sambal.
Mee Kolok Special (RM11.80)
Hidangan yang boleh dijamah sebagai sarapan pagi, makan tengah hari ataupun makan malam.
Digelarkan "Special" kerana hidangan menggabungkan hirisan daging dan ayam.
Santubong Platter (RM19.90)
Tiga jenis hidangan nasi goreng.
Nasi Goreng Dabai (yang berwarna ungu) memberikan rasa lemak-lemak dan kelat-kelat, Nasi Goreng Corn Beef dan Nasi Goreng dengan Terubuk Masin.
Hidangan yang sempoi dan ringkas tetapi cukup memuaskan hati.
Linut Viral (RM8.80)
Di Sabah, linut dikenali sebagai ambuyat.
Buat anda yang pertama kali mencuba hidangan ini, jangan dikunyahnya sagu itu.
Anda cuma perlu gulungkannya, celupkan di dalam hidangan yang disediakan dan telan.
;