Satu singgahan mesti bila berada di Nilai, bukan hanya untuk hidangannya tetapi untuk pengalaman menaiki buaian yang tersedia di sini.
Location
Video
Review
Buai's Signature Fried Rice (RM14.90)
Yang menjadikan hidangan nasi goreng ini lain daripada yang lain, kehadiran cebisan daging kambing.
Dimasak dengan daun kari, menu yang sempoi ini enak dan menaikkan selera.
Beef Stew (RM14.90)
Kuahnya yang meriah dengan potongan lobak merah, hirisan cendawan dan daging, cukup menyelerakan dengan rasa lemak-lemak dan lada hitam yang ketara.
Lemongrass Chicken (RM11.90)
Mengambil inspirasi dari Kam Heong Chicken, pemilik telah memberi satu dimensi baru kepada menu ini dengan penggunaan serai (lemongrass).
Honey BBQ Wings (RM11.00)
Kepak ayam yang telah diperap dengan honey bbq sauce digoreng rangup.
Hasilnya, hidangan finger food yang pasti digemari ramai, lebih-lebih lagi mereka yang gemar makanan manis.
Butter Milk Wings (RM11.00)
Dari baunya sahaja sudah tahu hidangan ini lazat berkrim.
Untuk mereka yang sukakan menu yang creamy dan savoury with a bit of spicyness.
;