Di manakah tempat makan menarik yang wajib cuba sekiranya ke Terengganu? Pelanggan boleh menikmati hidangan tengahari dengan lauk kari kepala ikan yang sedap dan umphh di kedai makan Warung Santai D'River.
Menu utamanya adalah kari kepala ikan serta beberapa menu sampingan yang lain. Anda akan terkejut melihat saiz kepala ikan yang dihidangkan. Isi kepala ikannya pula fresh dan manis. Sedap sekali apabila digandingkan bersama kuah karinya yang cukup masin dan rasa.
Location
Video
Review
Laksam (RM3.00)
Laksam agak sama dengan pasta barat kecuali cara memasak doh laksam adalah dikukus.
Ia dimakan bersama isi ikan yang di kisar dan dicampur dengan santan.
NASI LEMAK (RM 3.50)
Sambal Bilis / Ikan Tonggol
CELUP TEPUNG IKAN (RM 3.00-5.00)
CELUP TEPUNG CENDAWAN (RM 5.00)
Sebut sahaja menu-menu yang berkaitan dengan goreng tepung, pasti ada di kalangan pembaca yang sudah mula kecur air liur, bukan? Tidak dinafikan, lauk goreng tepung memang mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja! Tepung yang digunakan juga memainkan peranan penting untuk menjamin kerangupan dan keenakan menu tersebut.
KARI KEPALA IKAN (IKAN MERAH) RM 25.00-RM 65.00
Kuah kari kepala ikannya tidak terlalu pekat namun tidak pula terlalu cair, kuah sebegini adalah sudah cukup menyelerakan. Isi kepala ikannya pula fresh dan manis. Sedap sekali apabila digandingkan bersama kuah karinya yang cukup masin dan rasa.
;