Pot Ikan Bakar Baaeekk Punya di Cheras.
Datang awal untuk Pengat Free
Tempt yang Mesti Singgah untuk rasa kelazatan IKAN BAKAR !!
Restoran Cik Melur. Nama klasik hidangan sedap. Itulah tarikan hidangan di Restoran Cik Melur di Medan Selera Bandar Sri Permaisuri di sini menghidangkan pelbagai menu ala kampung. Makanan tradisi ini masih mendapat tempat di hati masyarakat apabila restoran berkenaan dipenuhi pelanggan setiap kali waktu rehat. Bukan sahaja ia menjadi tumpuan generasi lama, malah turut menjadi pilihan golongan muda. Ikan bakar air asam mencepu adalah tarikan utama pelanggan ke Restoran Cik Melur. Ini kerana hidangan itu hanya boleh didapati di restoran berkenaan.
Location
Video
Review
NASI KERABU AYAM BAKAR OVERDOSE (RM 6.70)
Nasi Kerabu 2.0 bersama ayam overdose. Sape tak pernah rasa nasi kerabu, boleh try first experience korang kat Cik Melur Permaisuri / Alam Damai.
BABY LOBSTER MASAK LEMAK (RM 6.00/SEEKOR)
Kuah lemak dia makan dengan nasi pon sedap. Chef pun akan memastikan kesegaran untuk semua lauk supaya menjaga quality-nya.
GULAI ITIK SERATI (RM 6.00/Seketul)
IKAN BAKAR AIR ASAM MENCEPU (TALAPIA) RM 17.00
Apa yang uniknya, buah mencepu yang merupakan ‘buah hutan’ itu dijadikan bahan utama dalam penyediaan air asam bagi menggantikan tomato atau belimbing buluh. Rasanya yang masam-masam manis dan dicampur dengan bahan lain mencetuskan kelainan apabila dijamah bersama ikan bakar seperti talapia merah dan siakap.
;