Tempat Makan Lesehan menghidangkan pelbagai hidangan Yogyakarta yang asli dan jarang didapati di restoran lain. Restoran ini juga mempunyai suasana yang unik kerana anda perlu duduk bersila. Ibarat anda menjamu selera di Yogyakarta!
Antara hidangan yang paling unik di restoran yang anda wajib cuba ialah Bakso Beranak yang mempunyai bakso overload.
Hidangan lain yang patut dicuba di sini termasuklah mi pangsit, sup rawon, gado-gado, aneka mi Jawa, keli dan tilapia goreng atau bakar.
Location
Video
Review
GADO-GADO (RM 8.00)
Gado Gado ini terdiri dari pelbagai sayur-sayuran, kentang rebus, telur dan tidak ketinggalan kerupuk serta emping blinjo.
Gado – Gado lontong ini cukup untuk memenuhi rasa lapar pada hari siang.
NASI GORENG GILA (RM 10.00)
Setiap nasi goreng yang dihidangkan mempunyai rasa mereka yang tersendiri. Nasi Goreng Gila yang popular di Jakarta ini mempunyai ayam, daging, sotong, udang, paru dan sosej. Memang mantap betul!
Image credited @karlgordani (Instagram)
NASI BEDENDANG (RM 13.90)
SAMBAL MANGGA (RM 4.00)
SAMBAL PETAI (RM 4.00)
NASI BERGADUH (RM 13.90)
Nasi Bergaduh ibarat membawa tuah kepada Tempat Makan Lesehan.
Selain 22 jenis sambal dan lauk pauk, Tempat Makan Leshan juga ada aneka mi dan nasi goreng tapi ramai pelanggan 'berkenan' dengan Nasi Bergaduh.
;