Bagi peminat masakan pantai Timur, terutamanya Terengganu, restoran Mok Teh Nasi Dagang pastinya menjadi pilihan utama. Terletak di Wangsa Maju di sini, pelbagai menu citarasa negeri itu disediakan: nasi dagang, nasi hujan panas, nasi lemak ikan tongkol dan ada kalanya laksam. Nasi hujan panas, seakan-akan nasi minyak, disediakan dengan lauk daging kuzi atau ayam masak merah. Nasi dagang pula dihidang beralaskan daun pisang, bungkusan popular di warung-warung di Terengganu, negeri asal keluarga Mok Teh.
Begitu juga nasi lemak ikan tongkol, atau “ikan aya” kata orang negeri itu, yang dibungkus dalam daun pisang. Menu nasi dagang, nasi lemak dan nasi hujan panas hanya didapati pada waktu pagi hari bekerja, kemudian menu makan tengah hari bermula jam 12. Namun pada hujung minggu pula nasi dagang, nasi lemak ikan dan nasi hujan panas boleh didapati sepanjang hari. Turut dijual “ropa”, kuih Terengganu seakan-akan murtabak, selain keropok lekor, karipap inti ikan, roti paung dan agar-agar kering.
Untuk peminat masakan Terengganu yang belum pernah ke sini, sila datanglah ramai-ramai!
Location
Video
Dishes
Review
Nasi Dagang Ikan, Acar & Kuah & Telor (RM7.00)
Nasi dagang dihidang beralaskan daun pisang, bungkusan popular di warung-warung di terengganu. campuran beras dan pulut dikukus dalam krim kelapa dan air. Dihidangkan dengan tuna hitam yang dimasak dalam santan, herba rahsia dan pelbagai rempah.
Nasi Minyak Ayam/Daging Merah, Kuah Kuzi, Telor dan Jelatah (RM9.00)
Nasi Hujan Panas dihidangkan bersama Ayam/Daging Masak Merah, Kuah Kuzi Hitam, Acar Timun Karot dan Bawang.
Nasi Lemak Ikan (RM5.00)
Nasi Lemak dengan ikan tongkol dan sambal, memang resipi unik Terengganu yang menjadi kegemaran ramai.
KAYU KERAMAT- RM 0.70 /1PCS
ROPA- RM 1.50 /1PCS
SATAR- RM 2.00 /1 CUCUK
PULUT LEPA- RM 1.50 /1PCS
“Ropa”, kuih Terengganu seakan-akan murtabak, selain keropok lekor, karipap inti ikan, roti paung, akok, kuih bakar dan agar-agar kering yang sedap untuk pilihan.
;