Sudah empat tahun beroperasi, sejak 2014, mereka menyediakan menu masakan Melayu, Barat dan ikan bakar.
Nota:
Sepanjang Ramadan, mereka beroperasi dari jam 4.30 petang hingga 12.30 pagi.
Location
Video
Review
Ketam Telur Masin (RM7.50, 100g)
Ketam bunga digunakan kerana isinya yang lebih manis.
Bila digandingkan dengan rempah ratus, menghasilkan aroma dan rasa yang lebih lazat.
Sup Gear Box (RM30.00)
Didatangkan dalam tiga pilihan saiz sehingga XL.
Dagingnya direbus sehingga empat jam bagi mendapatkan daging yang empuk dan lembut.
Supnya secukup rasa, dengan sedikit rasa masam untuk menghilangkan rasa mual.
Sotong Goreng Crispy (RM8.50, 100g)
Pelanggan boleh memilih sotong serta saiz hidangan.
Sotong yang digunakan dijamin segar dan gred A.
Sotong bersalutkan tepung yang merupakan bancuhan chef sendiri.
Rasanya rangup dan lain daripada yang lain.
Udang Butter (RM9.90, 100g)
Udang dimasak dengan campuran cili dan daun kari.
Kuahnya creamy dan pekat tetapi tidak memualkan kerana adanya rasa pedas dari cili dan daun kari.
Ikan Siakap Stim Limau (RM34.00)
Pengunjung bebas untuk memilih ikan siakap yang diinginkan.
Ikan dikukus dalam special sauce.
Berbanding ikan stim yang lain, di sini, chef yang dibawa khas dari Thailand, menggunakan hirisan limau oren bagi menambahkan lagi rasa masam dan manis.
;