Singgah di sini untuk menikmati daging premium wagyu yang dijamin halal, pada harga yang berpatutan.
Pilihlah bahagian daging yang diinginkan dan sama ada daging itu dari jenis grain atau grass-fed.
Nota:
Waktu operasi sepanjang Ramadan: 6 petang - 11 malam (setiap hari)
Location
Review
Chicken Wrap (RM18.90)
Chicken chop, keju dan salad dengan sos spicy herb dibalut dalam wrap.
Creamy Butter Soft Shell Crab Pasta (RM29.00)
Ketam soft shell digoreng bersama tepung.
Rasa pasta menjurus kepada rasa Asia.
Ini kerana sos pasta dimasak bersama cili api dan daun kari.
Wagyu Burger (RM49.90)
Patty daging wagyu dibawakan dari Miyazaki Prefecture di Jepun, dikatakan pengeluar daging wagyu terbaik di dunia.
Setiap patty seberat 150g dan anda boleh mendapatkan sama ada single atau double patty.
Daging wagyu menjadi pilihan ramai penggemar daging kerana ia lebih juicy dan kaya dengan rasa.
Honey BBQ Beef Rib (RM32.00 @ 100g)
Dagingnya lembut dan rasa honey BBQ cukup enak.
Wagyu Miyazaki Steak (RM80.00 @ 100g)
Tiada perapan digunakan bagi membolehkan rasa asli daging menyerlah.
Dagingnya lembut dan seakan cair di dalam mulut.
;