Gobox Concept secara ringkasnya merupakan sebuah outdoor foodcourt yang hipster.
Mereka telah menghimpunkan 10 vendor, masing-masing menjual hidangan yang berlainan.
Location
Review
Pais Tempoyak Ikan Kelah (RM35.00, 100g)
Isi Ikan Kelah kenyal dan manis.
Sambal tempoyak pula sedap.
Bersama, mereka menghasilkan satu gabungan yang menyelerakan.
Asam Pedas Gearbox (RM25.00 - RM35.00)
Asam pedas gaya Melaka.
Rasanya fully loaded dan pedas.
Daging dimasak empuk, sebati dengan kuah asam pedas.
Burito Udang (RM18.00)
Untuk hidangan yang ringan, boleh dicuba Burito Udang.
Udang bersama sayuran dan guacamole dibalut dalam wrap.
Hidangan sampingan termasuk kentang goreng dan chips keladi.
Spaghetti Lobster & Mussel (RM100.00)
Udang galah dimasak dengan keju mozarella dan cream sauce, gaya Thermidor.
Penambahan keju serta cream sauce menaikkan lagi seri udang galah.
Pasta dimasak dengan ringkas dan sedikit kering kerana udang galah sudah mempunyai kuah yang banyak.
;