Restoran yang awalnya beroperasi di Pulau Pinang sejak 2015 kini telah dipindahkan ke Kuala Lumpur.
Rasai sendiri air tangan komposer ternama Ajai.
Beliau sememangnya dikenali di kalangan keluarga dan rakan-rakan sebagai seorang yang pandai masak, lebih-lebih lagi masakan asam pedas.
Location
Review
Ayam APH (RM10.00)
Kuahnya pekat, cukup perasa dan perisa.
Ayamnya pula moist dan lembut.
Set Ikan Merah (RM22.00)
Set didatangkan dengan nasi putih, telur dadar dan sayur.
Set Siakap (RM70.00)
Hidangan untuk empat orang.
Setnya merangkumi seekor Ikan Merah, telur dadar, sayur, ulam, kuih dan buah kurma serta apricot.
Seafood APH
Seafood asam pedas dikatakan sukar didapati di Kuala Lumpur.
Di Asam Pedas Hirup, biarpun harganya agak mahal namun portion-nya banyak.
Sotong dan udangnya pula segar.
Set Ikan Kembung (RM13.00)
Set didatangkan dengan nasi putih, telur dadar dan sayur.
Set Ikan Pari (RM17.00)
Set didatangkan dengan nasi putih, telur dadar dan sayur.
Ayam APH Cicah Roti Banggali (RM12.00)
Jika tidak mahu hidangan nasi, boleh saja pilih untuk menikmati Ayam APH dengan Roti Banggali.
Nasi Goreng Mualaf (RM7.00)
Selain asam pedas, boleh juga dipesan hidangan ala carte seperti Nasi Goreng Mualaf.
Nasi Ayam
Nasi ayam juga terdapat di sini.
;