Menawarkan menu yang mesra rakyat, dimana hidangan seperti Chicken Chop, Chicken Grill Black Pepper dan Cucur Udang ditawarkan pada harga RM5.00.
Dan ketika happy hour, antara jam 3 hingga 5 petang, item-item ini serta masakan panas yang lain boleh didapati pada harga serendah RM3.90!
Semua ini dilakukan bukan kerana gimik atau strategi pemasaran.
Sebaliknya, niat pemilik kafe yang ingin memberi ruang kepada mereka yang kurang bernasib baik peluang untuk menikmati hidangan yang istimewa seperti Chicken Chop.
Location
Video
Review
Chicken Chop (RM5.00)
Enak dimakan panas-panas ketika lapisan serbuk roti yang menyaluti ayam masih rangup.
Cicahkan di dalam brown sauce yang diolah pemilik sendiri.
Cucur Udang (RM5.00)
Hidangan petang kegemaran ramai.
Dicicah dalam kuah kacang yang biarpun sedikit cair, namun ia masih kaya dengan rasa.
Nasi Goreng Chicken Grill (RM14.00)
Menggunakan brown sauce yang sama untuk hidangan Chicken Chop.
Tetapi ayamnya tidak bersalutkan serbuk roti.
Didatangkan dengan hidangan sampingan seperti coleslaw, kentang goreng dan nasi goreng.
Nasinya digoreng dengan mentega, meninggalkan rasa lemak-lemak pada nasi.
Mi Kuah Cafe DrM3 (RM9.90)
Kuahnya pekat dengan rasa manis dan lemak-lemak keledek.
Dagingnya lembut dan berperisa.
Udangnya pula bersaiz besar dan segar.
Maggi Tomyam Udang (RM30.00)
Tomyam yang dihasilkan dengan susu, bukannya santan.
Rasa lemak susu amat ketara.
Manis udang galah padan sekali dengan pedas tomyam.
Nasi Goreng Kambing (RM16.00)
Hidangan signature di sini.
Dihidangkan dengan sos istimewa, olahan pemilik sendiri.
Rasa kambing sudah sebati dengan nasi goreng.
Dimakan dengan cili merah potong untuk menaikkan lagi rasa.
;