Restoran yang menempa nama di kalangan netizen kerana hidangan Milo Ais Kepalnya.
Location
Video
Review
Nasi Udang Rainbow (RM9.90)
Asasnya Nasi Ayam yang telah diberi nafas baru.
Nasi, terdahulunya, ditambah dengan pewarna untuk memperlihatkan kesan "rainbow".
Jika anda lebih gemar nasi yang basah-basah, melekit, tuangkan saja sup ke atas nasi.
Hidangan sampingan termasuk coleslaw manakala pemain utama adalah lima ekor udang yang digoreng rangup.
Nasi Kambing Panggang (RM11.90)
Nasi dan coleslaw dikekalkan, yang berlainan cuma kambing panggangnya.
Olahan brown sauce ada rasa lemak-lemak dan lada hitam.
Mee Udang Banjir (RM12.90)
Kuahnya berat dengan rasa manis udang, mungkin kerana air rebusan udang digunakan.
Olahan pemilik sendiri, kuahnya tidak sepekat kuah mee rebus.
Udangnya segar dan kenyal.
Char Kuey Teow Special (RM10.90)
Char Kuey Teow basah yang agak mengancam.
Kuahnya sedikit cair tetapi rasa itu masih ada.
Cuma mungkin ada baiknya jika dipesan sahaja yang biasa (RM5.90) untuk menikmati sepenuhnya keenakkan hidangan char kuey teow.
Milo Ais Kepal (RM2.90)
Rahsia kesedapan hidangan ini adalah pada sos Milo-nya.
Milo Shake Oreo (RM3.90)
Hasil dari gabungan Milo Dinosaur, biskut Oreo dan milkshake.
;